Jumaat, 12 Jun 2009

Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Rakaman Video 2

Bekas Tapak Rumah Keluarga Ustaz


Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Rakaman Video

Pondok Tuan Guru Hj. Majid


Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Perjalanan Hari Kedua di Kedah Darul Aman (Part 2)

Kenangan Terindah

Kita sambung semula cerita yang telah lama tertangguh...

Dek kerana tilam, kami terlajak..

Dek kerana terlajak,kami terpaksa mengubah plan...

Dek kerana mengubah plan, kami terpaksa membatalkan rancangan menziarahi makam Al-Marhum Tok Syeikh Jarum Derga - seorng ulama terkenal, yang mendapat gelaran Jarum kerana akalnya setajam Jarum, juga datuk kpd Al-Marhum Fadzil Noor..

Walaupun kerana dek-dek diatas, kami tetap sempat bergambar di tempat kediaman rasmi kami, yang menjadi saksi kami terlajak tidur...

Terima kasih Ce On atas penginapan ini... Budi mu ini telah menghapuskan rasa tak puas hati kami tentang direction yang salah... tapi kutukan akan berterusan sepanjang zaman...hahaha



Kami keluar dari situ jam 1000hrs. Rancangan berubah dengan meninggalkan Fendi bersama Wak untuk membeli barangan di Pekan Rabu, dan yang lain akan ke Muzium Negeri Kedah. Sebelum itu kami sempat singgah ke sebuah pondok seorang ulama terkenal negeri Kedah suatu masa dulu, Al-Marhum Tuan Hussin Che Dol.



Pandangan hadapan pondok Tuan Hussin Che Dol



Pandangan hadapan pondok Tuan Hussin Che Dol

Kemudian kami di bawa makan oleh Ce On.. bayangkan, dengan sekeping ikan pari bakar, sekeping ikan kembong bakar, nasi menggunung, sayur dan lauk yang lain beserta air, kos nya hanya RM 5.00.. Mewah makan kat sini ooi...

Kemudian Ce On bawa kami singgah ke rumah beliau.. Anak bongsu Ce On ni.. Patut manja semacam.. haha..

Selepas itu, Ce On bawa kami meninjau tapak sebuah pondok yang kini telah menjadi Sekolah Agama Bantuan Zakat Negeri Kedah dan bekas rumah Tuan Guru pondok tersebut iaitu Tuan Guru Hj. Majid, yang mengikut catatan, Al-Marhum Ustaz Hanafi pernah belajar ilmu agama dengan beliau. Kedudukannya adalah di dalam Kampong Tokau, iaitu kampung Ce On dan terletak di belakang rumah Ce On sendiri.


Sekolah Agama Bantuan Zakat Negeri Kedah



Bekas rumah Tuan Guru Haji Majid
Dan selepas itu kami terus ke Alor Setar, melalui lebuhraya dan sampai di Alor Setar sekitar jam 1300hrs.

Di sana, seperti yang diberitahu tadi, kami berpecah dengan meninggalkan Fendi bersama Wak membeli barangan di Pekan Rabu dan yang lainnya ke Muzium. Kami ada masa sekitar 2 jam sebelum dijangka akan bertemu Che Faiz di Masjid Alor Merah.

Kami tiba di Masjid Alor Merah jam 1530hrs, dan Che Faiz telah sedia menanti kami. Di belakang Masjid tersebut adalah merupakan tanah perkuburan, dimana di situ terletaknya Makan Tuan Guru Haji Zain Bin Abdul Rahman. Kami tidak ke makam tersebut, tetapi ke Alor Gunung meninjau rumah En. Shafie Darus dan tapak rumah keluarga Almarhum Ustaz Hanafi.

Alhamdu Lillah, Pak Lang Ahmad, anak Allahyarham En. Shafei Bin Darus ada pada ketika itu. Kedatangan kami di sambut mesra olehnya yang sedang memanggang pulut udang. Rumah En. Shafei Darus ini adalah merupakan satu monumen bersejarah, keran ia telah melihat Silat Cekak ini di zahirkan semula. Di sinilah kelas pertama Silat Cekak diajar pada ketika di zahirkan.

Pandangan hadapan rumah En. Shafei Darus


Di sinilah Silat Cekak di ajar dan ahli-ahli berlatih


Kami bergambar kenangan dengan Pak Lang Ahmad di ruang tamu


Kami bergambar kenangan dengan Pak Lang Ahmad di hadapan rumah


Selesai beramah mesra dengan Pak Lang Ahmad dan diberi beberapa nasihat sebagai bekal ke tempat yang seterusnya yang tidak jauh dari situ, iaitu bekas tapak rumah keluarga Ustaz Hanafi, kami segerak kesana. Sebelum itu, kami sempat membeli pulut udang Pak Lang Ahmad. Pergh...sedapnye ya amat... terasa serunding udangnya...

Bekas tapak rumah keluarga Almarhum Ustaz Hanafi terletak kira-kira 200 meter dari rumah En. Shafei Darus. Laluannya jauh sedikit dan perlu menyusuri batas sawah kerana laluan yang dekat sudah dipenuhi belukar.

Bekas tapak rumah keluarga Al-Marhun Ustaz Hanafi

Bekas tapak tangga rumah masih kelihatan

Bekas tapak tiang rumah

Bekas tapak rumah dari jauh.
Selepas dari itu, kami di bawa oleh Che Faiz meninjau rumah Tuan Guru Haji Zain bin Abd Rahman.

Pandangan hadapan

Bahagian berkayu tersebut adalah rumah asal
Ketika hampir hendak masuk waktu asar, kami kembali ke Masjid Alor Merah, untuk menyelesaikan matlamat utama kami ke Negeri Kedah Darul Aman iaitu menziarahi makam Almarhum Tuan Guru Haji Zain Bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Lebai Hj. Zain. Jika sahabat-sahabat ke Masjid ini dan ingin mencari makam Almarhum Lebai Hj. Zain, tanda istimewa di makam tersebut adalah 4 kepin marmar di letakkan di atas makam tersebut.


Nesan yang menjadi tanda makam tersebut milik Almarhum Hj. Zain Bin Abdul Rahman, tertulis di situ, kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad, 2 Syawal 1396, bersamaan 26.9.1976, jam 1.45 petang.

Tanda istimewa sebagai tanda pengenalan makam Al-Marhum untuk orang yang ingin menziarahi makamnya.

Al-Fatihah buat Al-Marhum Tuan Guru Haji Zain Bin Abdul Rahman

Sekelompok kubur lama yang tidak diketahui pemiliknya di Masjid Alor Merah.

Selepas dari menzaiarahi dan merasa puas kerana matlamat utama kami tercapai, kami beredar dari masjid Alor Merah sesudah Asar. Menziarahi makam-makam lain adalah sampingan sahaja. yang utamanya adalah di situ.
Sesudah dari situ, kami di bawa makan di Nasi Kandar Haji Ramli. Pergh....Sedap!. Kalau datang ke Kedah, jangan lupa singgah.

Setelah itu, perjalanan kami diteruskan dengan pulang ke Negeri Sembilan. Sebelum pulang, kami sempat singgah bertamu di rumah En. Zakaria Bin Mat, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ya ataupun Pak Ya, YDP SCH Negeri Kedah.

Setelah menghantar pulang Ce On, kami bergerak pulang ke Negeri Sembilan jam 2230hrs. Singgah menghantar Fendi di rumah mertuanya di Klang, dan selamat sampai di rumah AKU, di tempat perjalanan ini bermula pada jam 0800hrs, Jumaat, 2 Januari 2009 bersamaan 3 Muharam 1430H.


Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan perjalanan ini. Penghargaan tak terhingga kepada Ym Tuan Guru, Hj. Md. Radzi Bin Hj. Hanafi, kakak Fendi yang sudi meminjamkan Avanza nya, kakak Ce On yang menyediakan penginapan yang selesa, Ce On sendiri yang menunjukkan jalan dan arah walaupun tersesat dan Che Faiz yang membawa kami kepada matlamat utama kami.

Insyaallah perjalanan lain sedang dirangka. Lebih-lebih lagi setelah menerima inspirasi dari YM Tuan Guru untuk melakukan ziarah ke Terengganu dan Kelantan. Menziarahi makam Tuan-tuan guru di Pantai Timur.
Alhamdu Lillah.