Khamis, 2 Julai 2009

Bacul dalam Kerakusan

Ingatkan mereka berani, rupanya bacul.

Kalau rasa diri tu benar, mengapa bubar semua 10 cawangan, kemudian buat mesyuarat agong?

Kalau dah rasakan kedudukan status quo, maka kedudukan cawangan-cawangan pun begitulah jugak kan?

Maknanya segala keputusan yang dibuat cawangan sepanjang 3 tahun ni pun diterima pakai juga la kan?

Kenapa dalam 3 tahun ni tiada notis mesyuarat agong kepada cawangan-cawangan?

Kalau alasan kes mahkamah,

Bukankah membubarkan 10 cawangan itu satu penafian dan pencabulan hak ahli?

Fikirlah dengan waras. Jika orang yang yakin kepada kebenaran perjuangannya, yakin sungguh-sungguh, yakin bahawa mereka benar sebenar-benarnya, kenapa tak menghadapi secara berdepan? Kenapa perlu nak bubarkan 10 cawangan dahulu sebelum buat mesyuarat agong?

Bubar atas ingkar arahan? 3 tahun bai... Apa penerangan dan penjelasan yang korang buat pada 10 cawangan ni? Setakat surat sehelai dua? Pernah ke korang turun ke setiap cawangan menjelaskan situasi dan berdialog? Kenapa tak buat? Takut? Bukankah berani kerana benar?

Buat majlis-majlis rasmi persatuan, ada ko panggil cawangan-cawangan? Sebab apa? sebab korang takut berhadapan.

Rakus terhadap kuasa, tapi bacul!!!

Bacul dalam kerakusan.


Ramai Tak Semestinya Benar?

Pegangan mereka yang terbaru... Walhal hanya sekadar ayat-ayat penyedap hati...

Mereka dah lupa ke?

Bukan,

Sebenarnya mereka sengaja buat-buat lupa.

Masa membuat keputusan mengenai penggantungan 3 tahun dan kemudiannya perlucutan sebagai ahli terhadap YM Tuan Guru, mereka mengatakan ini adalah keputusan 12 menyokong dan 7 orang menentang dalam mesyuarat MMK...

Dalam memilih Master Joe pun diorang kata ianya adalah keputusan majoriti MMT...

Segala-galanya adalah keputusan majoriti...

Woit!!!! Ramai tak semestinya benar la...

Flip-flop punya pegangan...

Mana lebih besar antara keputusan majoriti atau sebulat suara?