Sabtu, 31 Januari 2009

Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Perjalanan Hari Kedua di Kedah Darul Aman (Part Akhir)

Malam Tahun Baru Di Hotel Lim Kung

Sebaik selesai menziarahi makam Al-Marhum Tuan Hussain Kedah Al-Banjari, dan setelah bertawaf di Gunung Keriang, waktu telah menunjukkan jam 1830hrs. Ce On bercadang untuk membawa kami ke sebuah warong bergerak. Di situ dikatakan Mee Goreng Mamaknya cukup sedap dan digilai oleh Ce On sendiri. Ia mempunyai panggilan tersendiri iaitu Mee Shariff.

Sambil-sambil ke situ, Ce On menunjuk arah sekitar Kuala Kedah. AKU bawa sajalah, katanya jalan pintas ke Mee Shariff. Setelah lama memandu, timbul tanda tanya dari AKU kerana dari jalan yang lebar akhirnya AKU memandu di lorong kampung yang kecil, hanya untuk sebuah kenderaan, dan terpaksa mengalah jika bertembung dari arah bertentangan. Lebih teruk, makin lama, dari jalan bertar ke jalan yang berlopak-lopak dan tidak bertar!

AKU bertanya, "Betul ke jalan ni Ce On?". Tanpa ragu-ragu, Ce On memberi respon, " Betui! Hang jangan bimbang lah, takkan sesat nya kat Kedah ni". AKU akur kerana tempat dia.

Tapi, lama kelamaan, Ce On menggelabah. AKU bertanya, "Awatnya Ce On? Kita da sesat ka?"

Ce On masih memberi responnya tanpa was-was, "Dak aih, kita cuma terlepas simpang ja", kemudian Ce On menambah lagi dengan mengemukan satu teori, "Kedah ni Pin, hang tak yah risau. Ni kawasan bendang. Kalo hang sesat, hang cari landmark, kemudian hang jalan je. Selagi hang nampak landmark tu, hang lalu jalan yang betul, pasai, jalan kat bendang macam tu, La, ni kita nak kuar jalan besag, hang ambil Gunung Keriang tu sebagai panduan, ikut jalan ni. Mestinya jumpa jalan besag".

AKU akur lalu membelok ke kiri, masuk ke lorong yang lebih kecil, dan terus memandu ke arah Gunung Keriang. AKU berasa pelik bila melihat sekumpulan pemuda kampung memandang kami dengan raut wajah yang kehairanan. Ce On pula, masih menunjuk arah dengan menyebut "terus, terus, terus".

Dan, akhirnya kami bertemu dengan jalan mati! Hampeh punya Ce On! AKU dah kebuluq ni!

Dengan tenang Ce On meminta AKU berpatah balik, dan sempat berkata, "Nampaknya teori yang aku cakap tadi tak boleh di pakai kat sini". AKU berpatah balik lalu berhenti di sekumpulan pemuda tadi untuk bertanya jalan yang sepatutnya untuk ke Alor Star. Rupanya, kami perlu jalan terus sahaja tanpa belok ke kiri di tempat yang kami bertemu sekumpulan pemuda itu tadi. AKU memandu melalui jalan yang berlopak-lopak dan tidak bertar sehinggalah kami tembus keluar di sebuah taman dan menuju ke Mee Sharif. Tiba di sana jam 1915hrs. Mee tersebut memang sedap!

Sahaja AKU ceritakan hal ini sebab dari situlah titik mulanya, sahabat-sahabatKU mula bergelak ketawa dan mengutuk-ngutuk Ce On. Sejak berjumpa siang tadi, sahabat-sahabatKU memandang hormat dan tinggi pada Ce On. Mereka segan kepadanya kerana pengetahuannya tentang sejarah.

Nak tergelak AKU! Dari baik-baik semuanya mendengar dengan tekun dan diam bila Ce On berbicara, sesudah itu Ce On menjadi bahan kutukan pulak. Tambahan pula, sebaik bertemu jalan mati, berbakul-bakul sumpah AKU taburkan pada Ce On. Hahahahaha. Maaf la yo Ce On, AKU gurau je. Kepada rakan-rakan yang ingin menggunakan khidmat Ce On sebagai pemandu arah, silalah memastikan dengan tepat dan betul arah mana yang hendak di belok! Ini kerana Ce On sering sekali di lihat mengangkat tangan kanannya dan menunjuk-nunjuk ke arah kanannya, sambil berkata, "Kiri, kiri, kiri" dengan riak wajah yang serius! Hahahaha, point yang selalu kami gunakan untuk kutuk Ce On selepas itu.

Hang silap besag la Ce On! Hang buat pasal dengan sahabat-sahabatKU. Baik-baik mereka segan dengan kau, dah jadi bahan kutukan pulak. Tapi hikmahnya, selepas itu kami semua di dapati lebih mesra!

Berbalik kepada kembara kami. Sebaik meninggalkan Gunung Keriang petang tadi, Ce On tak henti-henti mencadangkan AKU menghubungi YM Tuan Guru untuk meminta kebenaran dan keizinan darinya bagi kami menziarahi tapak peninggalan rumah keluarga Al-Marhum Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad di Alor Gunong. Mendapatkan kebenaran dan keizinan ini penting menurut Ce On dan rakan-rakan di Kedah. Ada sebabnya. Pada AKU, kita nak pergi menziarah tempat orang. Seharusnyalah meminta dan mendapatkan izin dari tuan empunya. Jika tuannya sudah tiada, anak-anaknya masih ada, dan tambahan lagi kita kenal.

AKU menolak urusan tersebut kepada Hafiz, selaku Setiausaha Cawangan. Hafiz memulangkannya kepada AKU semula. AKU menolak kepada sahabat-sahabatKU yang lain, mereka memulangkannya kepada AKU kembali. Hampeh! AKU termenung panjang. Ikut rancangan, kami hanya sekadar lalu sahaja untuk melihat tapak tersebut sebab kembara kami tanpa YDP atau NYDP. Semuanya muda belia. Ce On pula mengapi-apikan sahabat-sahabatKU untuk meyakinkan AKU menghubungi YM Tuan Guru. Berat juga tugas tu. Bukannya apa, nampak macam tak sopan. Esok nak pergi ziarah, malam ni baru nak minta izin, pula dengan hanya melalui telefon saja! Bila ada peluang beritahu berhadapan, tak diambil kesempatan. AKU termenung panjang.

Ketika berhenti sebentar untuk mengisi minyak di Petronas, AKU ke belakang bangunan dan mencuba menghubungi YM Tuan Guru. Tak dapat. Lalu aku bergerak keluar dari Petronas. Cuba menghubungi buat kali 2, masih lagi tak dapat. AKU bergerak ke hadapan sambil memberitahu sahabat-sahabatKU. Tapi, tidak mengapalah, AKU cuba untuk menghubungi kali ketiga, dan cubaan kali ini membuahkan hasil. AKU dapat bercakap dengan YM. Dengan memulakan salam dan memperkenalkan diri, dan diikuti ungkapan maaf, AKU menyampaikan hasrat Kami kepada YM Tuan Guru. Alhamdulillah, YM Tuan Guru mengizinkan dan diberikan beberapa nasihat yang kami harus patuhi. Selesai sahaja menghubungi YM Tuan Guru, AKU menarik nafas dan menghela lega. Alhamdulillah. Terima Kasih YM Tuan Guru.

Selepas itu, kami di bawa oleh Ce On untuk ke rumah seorang ahli cawangan Negeri Kedah. Saudara Faiz. Disamping untuk berziarah, kami berhajat untuk meminta pertolongan dari beliau untuk membawa kami ke tapak rumah Almarhum Ustaz Hanafi dan makam Haji Zain keesokannya. Alhamdulillah, beliau bersetuju untuk membantu.

Selepas menziarah Sdr. Faiz, kami di bawa Ce On untuk menikmati Nasi Lemak Pak Ali, dimana kami mengalami kejutan. Makan di Kedah amat murah! Pada perkiraan aku, dari kuantiti lauh yang aku ambil, harganya mungkin 20-30% lebih murah berbanding di Seremban. Malah sedap dan menyelerakan pula. Hasrat untuk menyahut seruan YM Tuan Guru untuk megurangkan ukuran lilitan pinggang kepada 28 inci, terpaksalah ditangguhkan dulu. Hahahaha

Sambil menikmati nasi lemak tersebut, kami merancang acara untuk esok hari. Memandangkan esok hari terakhir, kami perlu bermula awal. Perlu keluar seawal 0800hrs untuk ke Derga menziarahi makam Tok Syeikh Jarum. Kemudian ke Muziam Kedah dan di ikuti ke Pekan Rabu untuk bershopping. Sesudah itu, kami akan meninjau Makam Di Raja Langgar sekali lagi dan ke Alor Gunung dan Alor Merah.

Sesudah makan, kami ingin menikmati suasana malam di Alor Star, tambahan pula malam ini adalah malam tahun baru 2009! Kami menuju ke Stadium Darul Aman. Sesak di sana kerana diadakan Ceramah Tahun Baru. Satu pendekatan yang berbeza dan menarik. Oleh kerana terlalu sesak, kami tidak singgah di situ. Ce On membawa kami ke sebuah hotel. Hotel Lim Kung.



Di sini, berlakunya sejarah, di mana seorang insan menjaga gurunya, walaupun gurunya tersebut berperilaku yang tidak elok. Oleh kerana pada guru tersebut, ada ilmu yang baik dan amat bernilai, maka adab tertib berguru dijaganya.

Sabtu, 24 Januari 2009

Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Perjalanan Hari Kedua di Kedah Darul Aman (Part 2)

Makam Ulama Kedah

Sebaik sahaja menghabiskan makanan tengahari, kami bergerak ke destinasi yang seterusnya iaitu Kg. Tanjung Inggeris, Langgar untuk mencari sebuah makam lama yang dijadikan sebagai bukti bahawa islam telah terlebih dahulu sampai di Kedah berbanding Melaka.

Makam Diraja Kedah juga terdapat di Langgar. Kami tiba di situ pada 1530hrs. Keadaan hujan renyai-renyai. Ce On memberitahu, kawasan Makam Diraja Langgar ini adalah kawasan larangan untuk orang awam. Hanya dibenarkan ketika Aidilfitri sahaja. Sekumpulan remaja yang berada di bawah pondok berhadapan pintu masuk makam pula berkata sekiranya ada pengawal yang menjaga, kemungkinan boleh dibenarkan masuk. Mungkin tiada rezeki bagi kami. Tiada pengawal. Selain menempatkan maka-makam Sultan Kedah terdahulu dan kerabat-kerabat Di Raja Kedah, disitu juga disemadikan beberapa Ulama Negeri Kedah. Kami merakam beberapa keping gambar.


Papan Nama Makam

Pintu Masuk Utama

Sejurus dari itu, kami ke Kg. Tanjung Inggeris. Kami mengalami kesukaran kerana Ce On sendiri kurang mahir lokasi kampung tersebut. Namun, Ce On yang terkenal dengan sifat ramahnya memudahkan kami. Beliau rajin bertanya orang. Setelah menjumpai Kg. Tanjung Inggeris, kesukaran kami ialah untuk mencari makam tersebut. Tidak ramai yang tahu akan makam tersebut. Seorang penduduk yang ditanya memberikan satu info baru buat Ce On iaitu Makam Syed Alwi, Raja Perlis yang pertama. Namun, di situ tidak terdapatnya makam, hanya tanda yang dikatakan sebagai makam. Kami tak dapat nak masuk melihatnya kerana belukar yang tebal. Setelah berada hampir sejam di kampung tersebut, akhirnya kami berjumpa juga makam tersebut dengan bantuan seorang penduduk kampung yang beliau juga tidak terlalu menghiraukan makam tersebut. Makam tersebut dikatakan adalah milik Sheikh Abdul Qadir Ibni Husein Shah 'alirah.
Sedikit info di makam tersebut. Dikatakan wafat pada 291 Hijriah bersamaan 904 Masihi


Bernesankan Nesan Acheh

Keadaan makam tersebut

Sebuah makam kecil di sebelahnya. Tidak diketahui milik siapa. Tetapi benesankan nesan Acheh.
Sesudah itu, kami menghala ke Tanjung Pauh, Jitra, untuk menziarahi makam Mufti Kedah yang kedua, Sheikh Abdul Jalil. Beliau dikatakan seorang Wali Allah dan di kurniakan Karomah. Makam tersebut terletak didalam kawasan surau yang didirikan dan dijaga oleh jemaah India Muslim. Mengikut yang diberitahu, Sheikh Abdul Jalil berasal dari Yaman. Mengikut kisah yang mashyur, dahulunya makam ini tidak diketahui dimana, tetapi dengan munajat anak murid Sheikh Abdul Jalil, akhirnya diketemukan oleh Allah SWT. Makam ini adalah antara makam-makam yang sering dikunjungi Almarhum Ustaz Hanafi. Di kawasan makam tersebut terdapat juga 2 buah makam makam milik anak murid Sheikh Abdul Jalil.

Papan nama di pintu makam.


Makam Sheikh Abdul Jalil dari sisi

Makam Sheikh Abdul Jalil

Kami di pintu makam


Makam Anak Murid Sheikh Abdul Jalil


Makam Muhammad Yusof

Sebuah Lagi Makam Anak Murid Sheikh Abdul Jalil

Makam Sheikh Ibrahim Shah
Setelah berada lebih kurang 20 minit, kami berpatah balik ke Titi Gajah. Lebih tepat lagi ke Masjid Titi Gajah. Disana bersemadinya seorang ulama mashyur yang tegas pendiriannya dalam soal agama serta tidak memandang kepada harta dan pangkat dunia. Ramai ulama-ulama yang seangkatan dengannya di makamkan di Makam Diraja Langgar. Beliau memilih di situ. Ada kisah yang tertentu mengapa beliau dimakamkan disitu. Ulama yang AKU maksudkan itu ialah Tuan Hussain Bin Tuan Muhammad Nasir atau lebih dikenali dengan jolokan Tuan Hussain Kedah al-Banjari. Sedikit riwayat mengenai beliau boleh di perolehi di http://www.canang.com/v2/t212-tuan-guru-syeikh-husein-kedah-al-banjari-guru-kepada-lebai-zain.html
Nesan Di Makam Tuan Hussain Kedah


Makam Tuan Hussain Kedah al-Banjari
Ketika di kawasan perkuburan Titi Gajah ini, terdapat 2 buah makam yang kelihatan istimewa, iaitu nesannya berwarna kuning. Yang pertama telah diketahui milik Tuan Hussain, tetapi sebuah lagi tidak diketahui. Kedudukannya selang 3-4 kubur dari Makam Tuan Hussain Kedah. Tulisannya pada nesannya telah hilang.

Selesai menziarahi, AKU memandu Avanza dengan mengikut arah pandu Ce On ke Gunung Keriang. Sempat mengambil gambar hadapan Sekolah Kebangsaan Gunong, di mana YM Tuan Guru pernah bersekolah dahulu.
Papan Nama Sek.Keb. Gunong

Selepas berpusing di Gunung Keriang, selepas ke makam, kami nak ke makan pula. Lapar. Ce On berkeinginan untuk membawa kami menikmati mee Sharif yang mengasyikkan.

P/S: maklumat yang diperolehi dari Ce On, pada 10 Januari 2009, sebuah lagi makam yang bernesan berwarna kuning itu adaalah milik seorang lagi ulama yang besar. iaitu Tok Guru Hj. Ahmad Said. Menurut cerita, beliau adalah antara guru Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang mashyur. Maklumat ini diperolehi oleh Ce On dari YM Tuan Guru.



Ahad, 18 Januari 2009

Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Perjalanan Hari Kedua di Kedah Darul Aman (Part 1)

Bertemu Pakar Sejarah Negeri Kedah

Sepanjang perjalanan dari Pulau Pinang ke Kedah, AKU melelapkan mata sahaja. Rasa AKU Hafiz dan Izam pun sama. Yang pastinya Fendi tak tidur. Wak rasanya pun tak tidur dalam keterpaksaan. AKU meninggalkan pesanan kepada Fendi untuk exit tol gurun, dan menuju ke arah Yan, kemudian carilah mana-mana masjid atau port yang baik untuik berehat.

AKU terjaga pada jam 0500hrs, hari Rabu 31 Disember 2008 sewaktu Fendi memberhentikan Avanza di Masjid Tunku Abdul Rahman, Yan Besar. Setengah jam kemudian, telefon bimbit KU berdering apabila Ce On menghubungi AKU. Dia baru sahaja sampai Kedah dari Shah Alam. AKU memberikan lokasi AKU, dan sepakat untuk bertemu jam 0900hrs nanti di masjid tersebut. Seterus itu, AKU menyambung tidur kembali.

Sejam selepas itu AKU terjaga apabila terlihat jemaah masjid memandang kami di dalam Avanza. Keadaan ini di ibaratkan oleh Hafiz, seolah-olah kami berada di dalam kapsul ajaib yang baru turun dari langit. Kami di pandang seperti makhluk asing! Maklumlah, kesemua kami bergelimpangan di dalam Avanza tersebut. Setelah jemaah tersebut semuanya pulang, AKU keluar dari Avanza. Merayau-rayau di perkarangan masjid. Pagi itu sungguh hening. Kenderaan masih belum banyak.

Apabila AKU kembali semula ke Avanza, Fendi dan telah membaringkan kerusi pemandu, membuatkan semangat AKU untuk menyambung tidur terbantut sekali lagi seperti di Teluk Intan semalam. Baru 0700hrs. Lalu AKU berjalan berseorangan ke luar. 100 meter dari situ, ada gerai makan dan AKU mendudukkan punggung KU ke atas kerusi gerai itu lantas memesan secawan kopi 'O'. Setelah habis, AKU memesan secawan lagi.

Selama sejam AKU ke situ, dan AKU bangkit membayar harga 2 cawan kopi 'O', melintas jalan dan membeli akhbar seterusnya pulang ke Avanza. Sahabat-sahabat AKU masih lagi lena. AKU membaca akhbar yang di beli. Setengah jam kemudian Izam mula sedar. AKU dan Izam meminjam soket 3-pin masjid untuk mengecas telefon bimbit kami.

0930hrs barulah kelibat Ce On kelihatan. Basheroon atau nama glamournya Ce On, pemuda berasal dari Guar Chempedak, Kedah Darul Aman, baru saja AKU kenal. Baru-baru saja mesra. AKU kenal dari sahabat-sahabat seperjuanganKU di UiTM Shah Alam. Beliau akan menjadi pemandu pelancong kami sepanjang 2 hari di Kedah. Pengetahuan Ce On di dalam sejarah, tidak kurang hebatnya. Malah kami menggelarkannya pakar sejarah.

Sejurus berjumpa, AKU memandu Avanza ke kedai makan untuk minum pagi. Di sini pakar sejarah kami membukakan mukadimahnya. Setelah itu, kami ke chalet milik kakak Ce On di Kem Kenari Nature Park, untuk meletakkan beg pakaian kami serta mandi.

Jam 1030hrs, kami telah bersiap sedia untuk berziarah. Kawasan di sekitar chalet yang kami menginap itu adalah juga merupakan perkampungan acheh dan dinamakan Kg. Acheh. Kata Guru, di Acheh ada Kg. Kedah, dan di Kedah ada Kg. Acheh. Kedah diberikan gelaran Darul Aman, manakala Acheh digelar Darul Salam. Ce On menunjukkan papan tanda jalan yang mengabadikan nama seorang tokoh ulama Acheh di Kedah.






Tengku (kadangkala dieja Teuku) Di Balee (Balai) adalah seorang ulama Kedah yang berasal dari Acheh.

Kami masuk dan melaui lorong tersebut untuk ditunjukkan contoh surau orang Acheh. Tidak berdinding.



1902 M, bermakna sudah 107 tahun di asaskan


Tinggi dan terbuka atau tidak berdinding.

Kemudian kami melalui satu lorong lagi. Di situ terdapat beberapa kubur lama. Di situ kami berjumpa dengan seorang nenek yang berusia hampir 90 tahun. Nenek tersebut kami gelarkan Nenek Ciku kerana mempunyai sebidang kebun yang ada beberapa batang pokok ciku. Menurut nenek itu, kubur-kubur itu adalah kubur-kubur ibu bapa dan keluarga Teuku Md Dahan. Disebelahnya ada sebuah bangunan kayu yang seperti rumah, tetapi ianya terbuka, lebih melihatkan seperti sebuah madrasah.





Kubur ahli keluarga Teuku Md Dahan



Rumah atau madrasah usang

Sejurus selepas itu, kami nekad bergerak meninggalkan nenek ciku, walaupun tersangkut-sangkut beberapa kali, untuk menuju ke Alor Setar. Ibu negeri Kedah Darul Aman. Maafkan kami nenek. Ce On ternyata mempunyai pengetahuan mendalam mengenai sejarah, kerana sepanjang perjalanan itu beliau hebat menceritakan perkara-perkara berkaitan sejarah. Sahabat-sahabat AKU semuanya sungguh kagum, mendengar dengan taat dan tekun. Kami dibawa ke Muzium Di Raja Kedah. Bersebelahan dengan Balai Besar,dan berhadapan dengan Masjid Zahir.



AKU bersama tokoh sejarah Negeri Kedah. Beliau boleh di ibaratkan seperti wayang yang hidup kerana sering bercerita mengenai sejarah, khususnya sejarah Kedah. Beliau juga adalah ahli Persatuan Sejarah Kedah.


Kami menghabiskan masa sekitar sejam untuk menonoton bahan sejarah berkaitan Sultan Kedah. Oh Ye... Sultan Kedah baru sahaja menyambut Ulangtahun Ke-50 pemerintahan baginda. Setelah habis meneliti, kami beredar dari situ. teringin mahu melihat Balai Besar dari dekat. Balai Besar buat masa itu adalah tempat larangan bagi di masuki pengunjung. Namun, usaha Ce On meminta keizinan pengawal bertugas membuahkan hasil. Kami di benarkan ke tangga hadapan untuk mengambil gambar tetapi sama sekali tidak dibenarkan naik keatas.



5 panglima Negeri Sembilan. Seloroh Ce On : Dulu-dulu, Panglima Ismail dan Panglima Tok Rashid selalu melepak kat sini. Ada yang pernah ternampak dalamgambar lama pembesar-pembesar Kedah di Balai ini, ada seseorang yang seperti memegang parang lading di belakang lengannya.




Pandangan hadapan dari jauh.







Pemandangan dari sisi kiri Balai Besar






Masih dalam kawasan yang sama. Menara yang kelihatan itu adalah Balai Nobat

Waktu itu telah hampir ke waktu zuhur. Lalu kami bergegas melintas jalan untuk ke Masjid Zahir.


Gerbang Masjid Zahir. Bentuknya sama sperti masjid-masjid lama Acheh.





Mimbar dan keadaan dalam masjid

Pemandangan dari sisi

Selepas itu kami ke belakang Masjid. Belakangnya adalah Sungai Kedah. Dahulunya penuh dan sibuk dengan sampan, sekarang dibanyakkan dengan sampah. Dulunya menjadi laluan utama rakyat untuk ke Masjid. Oleh kerana, hujan sudah mula turun, kami terpaksa bergegas ke Avanza tanpa sempat merakamkan gambar di situ.

Destinasi kami seterusnya adalah Pekan Rabu untuk makan. Tetapi kami mulakan dengan berkeliaran di sekitarnya untuk mencongak-congak berapa belanja yang akan dikeluarkan esok di situ. AKU sempat membeli songkok di situ.

Setelah makan tengahari di situ, yang pada perkiraan Ce On, harga makanan tersebut harga pelancong, kami bergerak untuk memulakan pencarian pertama kami. Menziarahi Makam-makam Ulama Kedah. Tempat pertamanya adalah Makam Diraja Langgar. Dalam perjalannan tersebut, Ce On menunjukkan rumah persatuan Cawangan Negeri Kedah.



Di sini juga terdapat rumah Al-Marhum Ustaz Hanafi, semasa beliau menjadi pegawai zakat Negeri Kedah. Namun Ce On terlupa yang mana satu, 2 gambar diambil, tetapi tidak tepat setelah dirujuk dengan En. Zakaria Bin Mat @ Cikgu Ya @ Pak Ya @ YDP Negeri Kedah. Biasalah manusia, pakar-pakar pun, bukan tahu semua. Tapi yang penting, selepas ini, Ce On dah tahu.

Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Dari N. Sembilan ke Perak Perjalanan Hari Pertama Yang Penuh Mencabar (Part Akhir)

Mencari Kapitan Di Pulau Pinang.


Kita bersambung semula. Selepas mendapatkan semula kad memori bagi kamera Canon Power Shot A630 milik pejabat AKU, kami kembali menyambung perjalanan ke Kuala Kangsar. Nampak gayanya telah tertulis tiada rezeki buat kami menziarahi Makam Di Raja Kuala Kangsar. Tiada mengapalah. Program menziarahi makam-makam Sultan Perak zaman lampau hanyalah sampingan sahaja. Matlamat kami adalah makam-makam ulama di negeri Kedah Darul Aman.


Kami tiba di Kuala Kangsar pada jam 2115hrs. Kami ke Masjid Ubaidillah hanya untuk melihat dari luar sahaja. AKU dan Fendi mengadu lapar. Manakala sahabat-sahabat AKU yang lain bersorak gembira kerana mereka telah makan di gerai berhadapan Petronas Manong ketika AKU dan Fendi sedang tidur di dalam Avanza. Sorakan mereka bukan sekadar untuk mentertawakan kami yang lapar, tetapi lebih kepada mengenangkan peristiwa di antara mereka di kedai makan tadi. Kami tiada perasaan untuk makan di Kuala Kangsar. Lalu kami bergerak terus menuju susur masuk lebuhraya. Seperti yang di beritahu sebelum ini, Fendi bertindak sebagai pemandu dengan Wak membantu.


Kami mempunyai agenda yang lebih baik untuk memuaskan nafsu kami. Kami bercadang singgah di Pulau Pinang untuk pekena Nasi Kandar. AKU terus menghubungi ahli keluarga AKU untuk bertanyakan di mana pot yang baik punya. Ahli keluarga AKU berada di Pulau Pinang seminggu sebelum itu untuk menziarahi abang AKU dan besan mereka. Fendi juga menghubungi rakannya untuk mendapatkan maklumat.


Dalam perjalanan itu, atas permintaan AKU, kami singgah di R&R Gunung Semanggol. AKU nak mandi. AKU dah rasa berlegas dan tidak selesa. Lagipun, AKU hanya sekadar mandi cukup syarat saja ketika di Kampong Gajah. Air di masjid di situ kecil. Sahabat-sahabat AKU tak sanggup nak mandi sebab kesejukan. Cuaca hujan sejak petang tadi. Maka mereka membuat ‘aktiviti-aktivit’ normal ketika menunggu AKU. Hampir 45 minit kami di situ. Sebenarnya AKU mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk mandi manakala selebihnya AKU ke surau, meminjam soket 3-pin disitu untuk mengecas telefon bimbit. AKU perlu mengecasnya untuk menghantar laporan perjalanan yang sahaja AKU buat untuk Pak Halim, Bos dan Shafiq UiTM Shah Alam. Berbakul kutukan AKU kena kerana membuat mereka menunggu lama.


Kami meneruskan perjalanan sesudah itu. Tiada apa yang menarik. Perjalanan di lebuhraya apalah yang ada. Kami mengisi masa dengan bergelak ketawa dengan pengisahan semula peristiwa sepanjang hari tadi. Sesekali kami mengenakan antara satu sama lain. Yang paling teruk kena adalah Wak. Sepanjang perjalanan kami, Wak adalah bahan kami untuk di kenakan. Pengkisahan semula kami tidak lama kerana sedikit demi sedikit kami melelapkan mata membiarkan Fendi dan Wak.


Sedar-sedar sahaja pada jam 1215hrs, kami telah berada di atas jambatan Pulau Pinang. Oleh kerana Fendi yang membawa Avanza, maka kami mengikut maklumat yang diperolehinya untuk makan malam. Kami diberitahu bahawa sasaran kami adalah Nasi Kandar Kapitan. Namun, kami berpusing-pusing lebih satu jam di sekitar Komtar untuk mencari Kapitan akibat tiada petunjuk arah yang khusus dan tepat diberikan! Yang peliknya, kami berpusing-pusing dengan bergelak ketawa tanpa sebarang tekanan walaupun perut telah berdondang sayang. Sempat juga AKU kenakan Fendi dengan mengarahkan dia masuk di satu lorong, dan membelok kanan dua kali sehingga bertemu semula jalan yang awal tadi. Berdekah kami ketawa.


Setelah penat berketawa dan sudah tak larat lagi untuk berpusing-pusing maka keputusan kami adalah untuk singgah dimana-mana restoran Nasi Kandar yang kami jumpa. Sebaik sahaja memutuskan sebegitu, maka kami memasuki satu jalan yang kami rasa jalan tersebut mempunyai beberapa restoran nasi kandar hasil daripada jauh perjalanan, luas pandangan kami tadi Alangkah tercengangnya kami apabila melihata di hadapan kami adalah Restoran Kapitan yang kami cari selama sejam. Kami berdekah sekali lagi, sambil hati berbisik, memang ada rezeki kami untuk makan di situ. Sebagai membalas dendam, AKU memesan Nasi Beriani Kambing yang diikuti kemudiannya dengan Roti Nan Butter beserta ayam tandori dan tidak dilupai minuman rasmi, 2 cawan kopi ‘O’.


Pada jam 0230hrs, 31 Disember 2008, kami meninggalkan Restoran Kapitan Nasi Kandar untuk ke Kedah. Hanya beberapa kilometer bergerak, AKU telah melelapkan mata KU dan membiarkan Fendi dan Wak sekali lagi. Tempat yang dipersetujui untuk kami bertemu Basheeron (Ce On) adalah di Yan, Kedah.



***Maaf berbanyak-banyak maaf. Tiada gambar yang dapat dipaparkan dalam posting ini. Kesemua gambar-gambar dan rakaman video yang diambil ketika waktu di atas terpaksa dikorbankan oleh kami bagi memeberi ruang untuk gambar-gambar yang lebih utama bagi kami.***

Sabtu, 17 Januari 2009

Kata Mereka, Kata AKU

Maaf, posting mengenai projek Pra Menjejak Liku Hanafi tidak dapat disambung. Malam tadi AKU berada di Shah Alam. Hari ini pula ada majlis di Seremban. Insyallah, kisah mengarut kami akan bersambung Ahad ini.

Untuk posting ini, AKU terpanggil untuk membidas kata-kata mereka. Rasa AKU sesekali kita perlu bangun untuk meluku mereka. Mentang-mentanglah kita lebih banyak berdiam diri. Maka AKU coretkan "Kata Mereka, Kata AKU" ini.

Kata Mereka: Tidak pula beliau mendapatkannya daripada ayah ibunya yakni keturunannya.
Kata AKU: Tidak pula beliau mendapatkannya daripada rakan-rakannya! Guru AKU mendapatkannya dari Guru yang lama, seperti Guru yang lama mendapatkan dari Guru yang sebelumnya. Guru AKU mendapatkannya dari pemegang amanah, seperti Almarhum mendapatkannya dari pemegang amanah sebelumnya!

Kata mereka: ...di zaman beliau tidaklah berpaksi kepada kepentingan individu (yakni dirinya sendiri). Ia berpaksikan pergerakan, bukan berpaksikan individu kerana dalam...... ada perjuangan bangsa dan ugama....sebagai milik dan hak mutlak dirinya sendiri. Ia milik masyarakat. Ia milik anak bangsa.
Kata AKU: Ia juga bukan milik orang-orang lama.

Kata Mereka: tidak melibatkan adik beradiknya dan juga kaum keluarganya dalam pentadbiran pergerakan kerana beliau sedar bahawa pergerakan bukan milik eksklusif keluarganya.
Kata AKU: Di puak merekapun terdapat adik beradik menerajui pergerakan? Wei...Ismail dan Ishak tu adik beradik. Ayah dia Ibrahim. Luth tu saudara Ibrahim. Sulaiman mewarisi kerajaan siapa kalau bukan dari Daud. Syuaib pak mentua Musa. Musa dan Haron bukan sepupu ke? Yahya bersama bapanya Zakaria menetang Raja yang zalim. Isa itu ada kaitan dengan Zakaria. Ali itu siapa kepada Rasululah? Kenapa di pilih Ali sebagai pintu kepada gedung ilmu? Di sini semuanya ada hubungkait dengan keturunan. Tapi yang perlu dijelas dan diterangkan, adalah HAK! Kehendak Allah nak pilih siapa pun. Tapi kena faham dan jelas kepada siapa HAK itu di beri! Kepada siapa HAK itu di kurniakan! Siapakah yang menyatakan mereka ada HAK untuk memilih? Ada ke Almarhum cakap mereka berhak memilih? Apa standardnya untuk termasuk dalam jawatankuasa pemilih? Kenapa AKU tak boleh memilih? Kenapa cawangan tak boleh memilih? Kenapa ahli-ahli lain tak boleh memilih. Ini membuktikan bahawa merekalah yang menjadikan pergerakan ini milik eksklusif mereka. Gelong punya fahaman.

Kata Mereka: Lagipun beliau sedar bahawa penglibatan beliau dalam mengembangkan.... telah mendapat halangan daripada ibu, adik beradik dan daripada kalangan saudara maranya yang terdekat. Malah beliau mendapat halangan daripada gurunya sendiri.
Kata AKU: Jangan lupa! Beliau pernah mendapat halangan dan tentangan dari anak muridnya juga!.

Kata Mereka: Allahyarham meneruskan perjuangannya bersama-sama dengan anak-anak muridnya yang setia sehinggalah beliau kembali ke Rahmatullah....
Kata AKU: Almarhum juga meneruskan perjuangannya bersama dengan isteri dan anak-anaknya yang taat!

Kata Mereka: Semasa hayat beliau, Allahyarham sangat menekan konsep “kenang jasa”. Katanya, kita hendaklah mengenang jasa mana-mana individu manusia yang berjasa dalam hidup kita. Allahyarham memperingatkan kita bahawa manusia yang paling berjasa dalam kehidupan kita adalah kedua ibu bapa kita. Sama ada kedua ibu kita itu bukan ugama Islam ataupun mereka tidak atau kurang beriman, kita tetap harus mengenang jasa mereka melahirkan dan membesarkan kita. Allahyarham juga menegaskan agar kita menyayangi dan mengenang jasa orang-orang yang ayah dan ibu kita sayang.
Kata AKU: AKU dan sahabat-sahabat AKU juga masih ditekan tentang perkara begini! Kenang jasa ibu bapa. Tapi mereka lupa untuk memperingatkan tentang mengenang jasa Guru! Mungkin sebab mereka tiada yang itu! Kenapa Guru itu hilang? AKU rasa mereka nak supaya konsep kenang jasa ini di lebarkan kepada kenang jasa orang-orang lama!! AKU masih mengenang jasa mereka. Suatu waktu dulu, sering kali mereka memperingatkan supaya kenang Guru! Suatu ketika dulu, AKU pernah diberitahu tentang jasa Guru kepada mereka. Tapi sekarang, apa yang mereka buat tidak menggambarkan apa yang mereka katakan dulu. Apa punya belit!!!!! Mereka dah melupai jasa Guru, yang suatu ketika dulu mereka selalu khabarkan kepada adik-adik mereka sebagai contoh!!!! Kenang jasa ke macam ni????

Kata mereka: Itulah yang diajarkan kepada anak-anak muridnya di zaman beliau. Namun apabila beliau meninggalkan kita, mengapa amalan ini tidak diajarkan dan diterapkan oleh mantan-mantan guru kepada ahli-ahli?
Kata AKU: Guru pun ajar mereka tentang hal ini.Bukan tu saja, Guru pun duk peringatkan tentang hal ini kepada mereka yang pernah di ajar oleh Almarhum. Tapi mereka sendiri tak pernah anggapnya sebagai Guru mereka! patutlah, selama ini mereka anggap diri mereka sebagai ahli sahaja, tidak mengaggap diri mereka sebagai anak murid!

Kata Mereka: Lipatan sejarah menyaksikan bagaimana anak-anak murid yang setia kepada Allahyarham ini telah difitnahkan dengan pelbagai-pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal. Gulungan ini terlupa bahawa anak-anak murid yang setia ini adalah hasil didikan Allahyarham sendiri. Allahyarham yang telah mentarbiahkan mereka.
Kata AKU: Lipatan sejarah juga menyaksikan bagaimana isteri dan anak-anak Almarhum yang taat telah difitnahkan dengan pelbagai-pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal. Gulungan ini terlupa bahawa isteri dan anak-anak Almarhum yang taat ini adalah orang yang paling dekat dengan Almarhum dari mereka, merupakan zuriat keturunan Almarhum yang lebih dahulu mendapat keutamaan didikan dari Almarhum sendiri. Almarhum sudah semestinya juga terlebih dahulu mentarbiahkan keluarganya sebelum mertarbiahkan mereka.

Kata Mereka: Sejak Allahyarham meninggalkan kita, kita dapat melihat bagaimana konflik dalaman telah menghantui pergerakan kita sehingga berpecah kepada tiga gulungan pada ketika ini. Semuanya berpunca daripada perbuatan anak-anak murid Ustaz Hanafi sendiri. Apa tidaknya kedua-dua mantan guru utama adalah anak-anak murid Allahyarham dan mereka bukan tergulung dalam kumpulan anak-anak murid setia Allahyarham yang sama-sama mentadbir pergerakan pada zaman Allahyarham.
Kata AKU: Mereka saja yang masuk bakul angkat sendiri. Adakah Almarhum yang isytiharkan mereka sebagai anak muridnya yang setia? Mereka sendiri saja yang claim. Masuk puak mereka, maka terus di isytiharkan setia. Biarkan saja. Mereka nak jadi setia, mereka dakwa mereka setia.Ambil dan pikullah setia itu! AKU memang tak setia. AKU tak nak sekadar setia. Tapi AKU nak Taat! Bukankah pantun kita telah berbunyi: Taat kepada Guru membawa berkat! Siapa yang cipta pantun tersebut kalau bukan Almarhum sendiri! Ada ke Allahyarham tulis Setia kepada Guru membawa berkat?? Hanya orang yang dungu sahaja merasakan setia itu sama seperti taat. Taat itu setia, tetapi setia itu tidak semestinya taat! Seperti sahabat itu kawan, tetapi tidak semestinya kawan itu sahabat! Dalam sejarah, banyak kali dinyatakan, Hang Tuah setia kepada Sultan Melaka, bukannya ditulis taat kepada sultan. Setia boleh hadir tanpa ilmu, tetapi taat datang dengan ilmu! Setia boleh membawa manusia kepada taksub, tetapi taat tidak!

Kata Mereka: Kita tidak dapat menolak fakta bahawa kejayaan Allahyarham semasa zamannya adalah kerana jasa anak-anak murid setia Allahyarham. Mereka terlibat secara langsung dengan pergerakan di bawah pimpinan Allahyarham. Mereka tahu dan faham tentang halatuju pergerakan sebagaimana yang diilhamkan oleh Allahyarham.
Kata AKU: AKU tidak tolak fakta tersebut, tetapi fakta tersebut ada kekurangannya. Fakta yang sebenar adalah kejayaan ini adalah kerana pengorbanan isteri dan keluarganya terlebih dahulu, baru di ikuti dengan jasa anak-anak muridnya tanpa menggolongkan yang setia atau tidak. Kesemua anak muridnya! Baru tadi mereka bercerita tentang mengenang jasa. Tapi kenapa tak di ceritakan tentang jasa isteri dan anak-anaknya? Apakah mereka ingat, jasa ini sekadar menggerakkan persatuan sahaja ke? Merelakan suaminya bertemu anak murid dan mengambil tanggungjawab membantu membesarkan, mendidik serta menjadi "ayah sementara" tidak di kira sebagai berjasa? Jasa anak-anaknya yang berkorban perasaan ingin mendapat perhatian yang lebih dari ayahnya tidak dianggap berjasa. Anda fikirkan sendiri, yang mana lebih besar jasanya?!

Kata Mereka: Mereka berada di barisan hadapan pergerakan dengan mempertaruhkan nyawa untuk mempertahankan maruah pergerakan.
Kata AKU: Ketika pergerakan ini baru dilahirkan dimana mereka yang menggelarkan diri mereka anak murid yang setia, siapakah yang bersama Almarhum? Mereka baru sahaja muncul setelah bayi yang baru dilahirkan ini sudah boleh merangkak. Baru seronok kita nak ajak bermain. Tetapi ketika bayi ini masih lagi panjang tidurnya, masih lagi berbedung, siapa yang sabar melayannya bersama Almarhum? Siapakah yang bersama Almarhum mengendung bayi ini ke Kuala Lumpur?

Kata Mereka: Begitu besar jasa anak-anak murid setia Allahyarham ini. Tiada siapa yang berani menyangkal fakta ini.
Kata AKU: AKU tidak menyangkal fakta ini. Aku tidak menafikan peranan mereka. Tetapi AKU ingin menyatakan dengan setegasnya bahawa jasa isteri dan keluarga Almarhum lebih besar dari jasa mereka yang mendakwa setia. Siapakah yang berani menyangkal tegasan AKU ini? Mereka yang mendakwa setialah yang berani menyangkalnya! Ada tak mereka menyebut tentang pengorbanan isteri dan anak-anaknya? Hanya mengangkat diri mereka sahaja! Maka seharusnya kita menilainya!

Kata Mereka: Badai telah berlalu.
Kata AKU: Ya! Badai telah berlalu dengan menghalau pergi mereka yang kononnya setia tetapi sebenarnya khianat

Kata Mereka: Satu era baru telahpun bermula...
Kata AKU: Maka benarlah bahawa mereka mempunyai agenda tersendiri dengan membawa perjuangan yang suci ini mengikut acuan mereka sendiri.

Kata Mereka: Semoga usaha murni ini mendapat petunjuk dan hidayah serta diberkati oleh Allah swt hendaknya
Kata AKU: Sucikanlah hatimu! Ikhlaskanlah hatimu! Barulah mengharapkan petunjuk dan hidayah dariNYA!

Akhir Kata AKU: Rupanya mereka selamanya terasa yang mereka tak di kenang......Merka ingat mengenang jasa ini dengan memberikan mereka anugerah. Apa punya bengong!

Terakhir bagi Kata AKU: Berani kerana benar!

Selasa, 13 Januari 2009

Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Dari N. Sembilan ke Perak Perjalanan Hari Pertama Yang Penuh Mencabar (Part 3)

Termenung di Pekan Manong


Izinkan AKU membuka bicara dengan 3 rangkap pantun

Dari Parit Ke Kuala Kangsar,
Singgah di Manong Mencuci Kereta,
Terbantut Sedikit Hajat Yang Besar,
Kamera Yang Hilang Meresahkan Kita.

Dari Negeri Sembilan Kami Berkelana,
Kereta Yang Kotor Di Cuci Belaka,
Kamera Pejabat Di Seludup Ke Sana,
Akibatnya Hilang Kerana Leka.

Orang Manong Berbudi Bahasa,
Membantu Mencari Hingga Ke Kuala,
Syukur Kita Kepada Yang Maha Kuasa,
Barang Yang Hilang Diperolehi Semula.


Itulah kisah utama bagi posting kali ini. Sesuatu yang sangat mendugakan bagi AKU dan juga melucukan.

Sebaik sahaja bertolak dari Kg. Pulau Besar, selain untuk mencari tempat bagi makan tengahari, kami bercadang untuk singgah di car wash untuk membasuh Avanza kami. Tapi sepanjang perjalanan tiada car wash yang boleh kami berhenti sambil menikmati makan tengahari. Maksudnya ada car wash yang bersebelahan dengan kedai makan. Seperti yang AKU katakan sebelum ini, amat kurang kedai makan di sepanjang laluan kami, apatah lagi untuk menaikkan nafsu makan kami.

Kami berhenti sebentar di Petronas Kg. Gajah untuk mengisi minyak dan membeli air serta makanan ringan. Kemudiannya kami terus menuju ke arah Parit. Sepanjang lalulan tersebut, tidak kurang daripada 7 buah papan tanda menyatakan arah makam sultan-sultan Perak zaman lampau yang terlihat oleh kami. Ingin saja AKU ingin mencabar diri masuk ke kampung-kampung itu, tapi menyedari bahawa kami telah lewat dan matlamat yang memberahikan kami adalah makam-makam ulama Kedah, maka AKU terus sahaja membawa Avanza terus ke Parit.
Kami tiba di Parit sekitar jam 1545hrs, dan kami masih lagi menghadapi masalah mencari kedai makan. Kedai makan di bangunan ala-ala Arked MARA yang kebanyakannya didapati tutup. Parit boleh di katakan seperti bandar kecil. Tidak mati dan tidak pula terlalu hidup. AKU menyuruh sahabat-sahabatKu merayau mencari kedai makan, sambil AKU mengalihkan Avanza untuk mendekatkannya dengan kedai makan yang akan kami singgah. Akhirnya ada sebuah kedai makan berhadapan dengan menara jam Pekan Parit. Apa yang ada, kami balun jelah. Itu namanya rezeki. Kita berselerakan sesuatu, tetapi dihidangkan yang lain. Ia masih lagi rezeki buat kita. Nak cerewet sangat, kita cerewet dengan rezeki yang diberi oleh Allah. Kami makan sambil merehatkan badan. Hal nak basuh kereta di tinggalkan dulu. Kalau-kalau ada selepas ini kami akan singgah



Mercu tanda pekan Parit, diambil dari meja makan kami. Gambar sewaktu kami makan adalah tidak sesuai ditayangkan di sini.



Kira-kira sejam di situ, kami menyambung kembali perjalanan kami. Sebaik Avanza bergerak dalam 500 meter, kami terjumpa sebuah car wash. Kami berhenti untuk basuh Avanza dahulu, tapi terpaksa membatalkan hajat kerana tidak mahu menghabiskan masa menunggu kerana car wash tersebut perlu mencuci 2 buah kenderaan sebelum kami. Maka kami meneruskan perjalanan menyeberang Sungai Perak, masuk ke arah Belanja, Manong sebelum dijangka tiba di Kula Kangsar. Laluan yang kami lalui ini kebanyakannya hutan belantara. Sesekali kami melihat kampung. Sesekali kami melihat rumah tradisional Perak yang tinggi. Dikatakan binaan sebegitu adalah mengelakkan rumah dinaiki air apabila berlakunya banjir. Maklumlah, rumah-rumah mereka di pinggir atau berdekatan Sungai Perak.

Ketika hampir sejam perjalanan, kami tiba di Manong dan terlihat akan kami sebuah Car Wash di Petronas Manong. Dengan senang hati, kami berhenti di situ dan menyerahkan Avanza untuk dicuci. Sengsara juga 2 orang brader tu mencuci comot Avanza. Rasanya mereka mengambil masa kira-kira 45 minit. Selepas dicuci, barulah terlihat oleh kami kesan-kesan calar-balar di badan Avanza yang diterima ketika di Kampong Gajah. Aduh, kami menggarukan kepala. Tapi, nasib baiklah Fendi masih lagi cool. Menyelami sahabatKU itu, tidak mustahil ada kegusaran di hatinya. Selepas siap di basuh, maka kami bergerak semula ke Kuala Kangsar yang ada berbaki 25km dengan senang hati. Ada rezeki kami untuk menziarah Masjid Ubaidillah dan Makam Di-Raja Kuala Kangsar. Kami tiba di Kuala Kangsar pada jam 1800hrs.

Tiba-tiba kami tersentak apabila Hafiz bersuara menyanyakan siapa yang memegang kamera. Abis satu Avanza diselongkar oleh kami. Dipastikan oleh sekalian kami bahawa kamera Canon Power Shot A630 itu dilihat kali terakhir oleh kami dibawa keluar Hafiz dari Avanza sebelum membasuh kereta di Petronas Manong. Sah, kamera tersebut tertinggal di car wash!! Argh!!!!! Tidak!!!!! Dengan tanpa berlengah masa, AKU berpatah balik ke Manong.

Kamera tersebut bukan milik AKU atau sesiapa pun dari kami! Kamera itu juga bukan milik ahli keluarga salah seorang dari kami dan kamera itu juga bukan milik kawan salah seorang dari kami. Kamera itu hak milik pejabat AKU!!! Kamera itu AKU seludup keluar dari opis bila kami menghadapi masalah untuk mendapatkan kamera. Kamera itu AKU ambil dari kawan pejabat AKU yang diamanahkan untuk memegangnya semenjak 2 minggu yang lepas. Kamera itu adalah untuk anggota di unit kami mengambil gambar-gambar keadaan di tapak. Sebelumnya ia tersimpan dalam laci AKU di opis. 3 jam sebelum bertolak ke Perak AKU ke opis untuk print panduan perjalanan kami dan ternampak kamera itu. Dari situ, tergerak di hati AKU untuk membawanya bersama ke Perak setelah mejangkakan ianya tidak digunakan pada minggu itu kerana ramai di antara anggota di unit kami bercuti pada hujung dan awal tahun.

AKU memecut deras Avanza. Sahabat-sahabat AKU meyakinkankan AKU bahawa car wash itu tutup jam 1900hrs. AKU berdiam sahaja sepanjang perjalanan kembali ke Manong. Nak marah tak boleh. Nak salahkan sesiapa pun tak boleh. Kamera itu AKU yang bawa. Maka wajiblah ianya di bawah tanggungjawab AKU. Risau beb! Buakan soal hendak mengganti baru kamera tersebut. AKU boleh membelinya. Tapi, AKU tak boleh menggantikan sticker syarikat yang tertampal di kamera itu! Berbagai butiran dari nombor siri, tarikh warranty, syarikat pembekal dan berbagai-bagai lagi yang sama sekali AKU tidak boleh menggantikannya. Pada AKU, kalau nak cover pun, mesti teliti. Kami berserah diri dan bertawakkal kepada Allah. Mudah-mudahan kami dapat kamera itu kembali.

Kami tiba di Petronas Manong tersebut pada jam 1830hrs. Car wash itu telah ditutup! AKU dah longlai. Izam terus mendapatkan pengusaha Petronas tersebut untuk memohon menghubungi tauke car wash tersebut. Tauke tersebut berjaya dihubungi dan Izam memohon bantuan brader tersebut untuk memulangkan kamera tersebut. AKU sempat mengingatkan Izam dan kami sekalian, supaya mengawal diri dan meminta dipulangkan kamera tersebut dengan cara yang baik, kerana kami berada di tempat orang. Dalam 5 minit selepas itu, brader itu sampai di Petronas dengan membawa kamera tersebut. Kami mengucapkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada brader itu. Namun dugaan bukan sekadar itu dan tidak terhenti di situ!

Sejurus mendapat semula kamera tersebut, kami kembali menaiki Avanza dan kembali bergerak ke Kuala Kangsar. Baru saja Avanza itu bergerak dalam 1km, AKU memberhentikan Avanza untuk singgah di Masjid Manong untuk membuang air. Belum saja AKU keluar dari Avanza, Fendi mempersoalkan kenapa kamera tersebut apabila ia di cuba untuk mengambil gambar, tertulis “No Memory Card”. AKU tersentak lalu mencubanya. Memang sah, gambar tidak boleh disimpan kerana dikatakan tiada kad memori. Bila sahaja AKU membuka compartment bateri dan kad memori, ternyata tiada kad memori di tempatnya!. Siapa pula yang mengambilnya?! Terbantut hajat AKU nak buang air kecil, terus memandu ke Petronos Manong semula dan memohon jasa baik penguasaha Petronas Manong sekali lagi untuk menghubungi tauke car wash tersebut. Brader tersebut tidak mengangkat panggilan kami setelah berkali di hubungi oleh pengusaha Petronas dan juga AKU. AKU redha. Kali ini bebannya kurang sikit. Sekadar menggantikan kad memori Sony berwarna biru yang tidak ada sticker syarikat. Tapi, adalah sesuatu yang sangat menghampakan bagi kami kerana segala kenangan kami sejak pagi tadi akan hilang bersama pembawa kad memori tersebut. Kenangan ber ‘camel throphy’ dan ‘mai secawan’ kopi radix di Kampong Gajah.

Dengan pertolongan Allah, pengusaha Petronas tergerak menghubungi rakan brader car wash tersebut dan Alhamdulillah, dia ada bersam rakannya ketika itu. AKU bercakap dengan brader itu memohon jasa baiknya, tetapi beliau menyatakan kamera itu diserahkan oleh anak buahnya kepadanya dan mengatakan anak buahnya tidak mengambil apa-apa pun dari kamera tersebut. AKU bercakap juga dengan anak buahnya. Brader yang membasuh Avanza kami. Mereka mengatakan juga perkara yang sama., iaitu tidak mengeluarkan apa-apa pun dari kamera tersebut. AKU mempersoalkan siapa pula yang mengeluarkan Memori kad tersebut? Dua orang brader yang membasuh Avanza kami itu menyatakan mahu berjumpa kami di Petronas. Kami bersedia menunggu untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Namun, adab di tempat orang perlu dijaga.

Dalam 5 minit, 2 orang brader itu sampai. Man dan Din. Keduanya sekali lagi menyatakan yang mereka tidak mengambil apa-apa pun. Maka di bukalah kisah oleh salah seorang dari mereka bahawa sebaik sahaja kami beredar, mereka di datangi oleh seorang kawan dan diberikan kamera kami dengan pesanan dia mahu menjual kamera itu dengan harga RM 150 dan meminta mereka mencarikan buyer. Mereka mengambil kamera tersebut, dan sebaik sahaja mereka menutup car wash mereka ke rumah tauke car wash tersebut. Sebaik tiba, tauke car wash itu bertanyakan ada tak mereka menjumpai kamera yang tertinggal oleh pelanggan, dan mereka menjawab, yang ada hanyalah sebiji kamera yang diberi oleh kawan mereka untuk dicarikan buyer. Kerana timbul keraguan, tauke car wash itu mengambilnya dan datang ke Petronas untuk merujuk kepada kami. Maka dari situlah kami menerima kembali kamera itu seperti yang AKU ceritakan tadi.

Berbalik kepada soal kad memori, mereka menambah bahawa kawan yang memberikan kamera tersebut hanya mereka kenal sekadar begitu. Tidak rapat dan merupakan budak Kuala(yang dimaksudkan oleh mereka sebagai Kuala Kangsar). AKU meminta jasa baik dari 2 orang brader tersebut untuk mengesan kawannya itu dan memujuknya memulangkan kad memori itu. Alhamdulillah, mereka terbuka hati untuk menolong dan meminta kami menunggu di car wash mereka. Setelah AKU sengaja membayarkan RM3 untuk minyak kapcai mereka isi, mereka bergerak ke Kuala Kangsar dalam keadaan hujan. Sebaik sahaja mereka beredar, sahabat-sahabat AKU mempertikaikan kenyataan 2 orang brader tersebut. AKU tak nak fikir yang bukan-bukan. AKU minta persetujuan dari sahabat-sahabatKU, sekiranya mereka kembali samada dengan kad memori itu atau tidak, kami akan memberikan saguhati RM 20 seorang yang diambil dari duit collection RM 150 seorang yang kami buat untuk perjalanan ini. Kami sebulat suara bersetuju. Kerana dah nak masuk maghrib dan tidak dapat menahan diri di gigit nyamuk, AKU masuk ke dalam Avanza untuk tidur. Maka tidurlah AKU sambil dapat menenangkan fikiran. Itulah tidur AKU yang sempurna sejak kami bertolak dari Seremban. Harap-harap kad itu akan diperolehi kembali. Kami tak nak hilang kenangan manis dan lucu pagi tadi.

Lebih kurang sejam lebih selepas itu, 2 orang brader itu kembali dengan membawa kad memori tersebut. AKU memberikan saguhati yang dipersetujui oleh kami tadi kepada mereka.

AKU menganggap ini pengajaran bagi AKU sebab membawa kamera itu tanpa izin. Selepas mendapatkannya kembali, kami bergerak semula ke Kuala Kangsar dari Petronas Manong untuk kali ke tiga. Kali ini Fendi yang menjadi supirnya kerana hari sudah malam, bermakna shift AKU untuk hari itu telah tamat. Kami bersyukur atas pertolongan Allah. Dengan Hikmat dan karomah ibu bapa, dan berkat guru, dugaan yang datang dipermudahkan. Berkat Langkah Bumi Bahagia dari guru. Alhamdu Lillah.

Sungguh Luhur Orang Manong,
Kad Yang Hilang Dapat Dikembalikan,
Sungguhpun Lama Kami Bertemenung,
Kenangan Yang Indah Dapat Dipulangkan.

Salam Segenggam, Salam Secekak!

Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Dari N. Sembilan ke Perak Perjalanan Hari Pertama Yang Penuh Mencabar (Part 2)

Kampong Gajah : Cabaran Yang Melucukan

Pada jam 1045hrs, kami bergerak dari Durian Sebatang ke arah utara menuju Kuala Kangsar, melalui Kampong Gajah, Bota dan Parit. Kesemua kawasan tersebut terletak di Daerah Perak Tengah. Kampong Gajah adalah sebuah kawasan yang agak panjang jalannya dan agak menarik kerana ianya adalah sejajar dengan Sungai Perak, sungai yang terlebar di Semenanjung Malaysia.


Laluan yang kami lalui ini agak istemewa kerana di sini terletak banyak makam Sultan Perak zaman lampau. Sebanyak 18 buah makam kesemuanya dan sebuah kubur J.W.W Birch. Kiranya kawasan ini pernah menjadi pusat pemerintahan Kesultanan Perak di zaman lampau.


Setelah hampir sejam perjalanan, kami terlihat papan tanda di bawah:-








Papan tanda sebeluk masuk ke Kg. Telok Memali


Lalu kami masuk ke kiri mengikut anak panah yang ditunjukkan. Kami masuk ke Kampong Telok Memali dan terus mengambil jalan yang lurus sehingga kami terhenti dan berpatah balik kerana was-was apabila sampai di laluan tanah merah dan ladang kelapa sawit. Kami cuba bertanya seorang penduduk kampung dan kanak-kanak yang sedang memancing ikan di parit hadapan rumah mereka untuk mendapatkan kepastian adakah wujud makam-makam lama di situ. Memang benar, kami perlu terus dan melalui ladang kelapa sawit untuk sampai makam-makam tersebut. Maka kami kembali ke arah tersebut dan meyeberangi sebuah jambatan kayu. Oleh kerana malam tadi hujan, maka jalan di situ lecak dan berlumpur. Terdapat juga laluan yang telah agak dalam, mungkin kerana dilalui oleh lori kelapa sawit. Risau juga kami kerana takut kalau-kalau Avanza kami terbenam dalam lumpur. Setelah berbincang dan mengambil persetujuan, maka AKU terus memegang stering kereta menuju ke dalam ladang denganberhati-hati. Oh ye... sejak bergerak dari Negeri Sembilan pada jam 0030hrs 30 Disember hingga ke waktu itu lebih kurang jam 1200hrs, kami masih belum mandi!



Laluan ladang kelapa sawit yang kami lalui.


Setelah hampir kira-kira 15 minit, berada di dalam laluan tersebut, kami terjumpa sebuah surau lama. Tidak tahu berapa lama telah di tinggalkan. Tapi rasa-rasa tidak kurang 30 tahun ia berada di situ. Ditinggalkan pun mungkin kerana penduduk kampung tersebut telah berpindah ke luar dan kawasan tersebut dijadikan kawasan ladang kelapa sawit.




Surau lama yang telah lama ditinggalkan




Setelah surau itu, kami berjumpa dengan sebuah kawasan perusahaan kayu, yang semua pekerjanya adalah warga Bangladesh. Laluan selepas surau tersebut berlopak-lopak, lecak dan licin. Adakalanya hanya AKU sahaja yang berada dalam Avanza, sahabat-sahabat yang lain terpaksa turun bagi mengurangkan beban dan memudahkan Avanza itu bergerak lancar.


Kami yakin bahawa laluan kami tersebut adalah benar apabila terlihat Sungai Perak di kiri kami. Makam-makam Sultan Perak zaman lampau adalah berada di pinggir Sungai Perak dan kerana intu, setiap Sultan Perak yang baru perlu bermudik ke Hilir Sungai Perak dari Kuala Kangsar ke Beting Beras Basah dan merupakan salah satu dari adat pertabalannya. Lebih kurang 200 meter dari perusahaan yang dikatakan tadiKami bertambah lega apabila ternampak akan papan tanda ini.






Kami berhenti di papan tanda tersebut dan ingin berjalan kaki ke makam tersebut tetapi terbantut kerana perkara yang kami lihat seperti yang diberitahu oleh saya dalam video di bawah. Lalu kami masuk ke dalam sedikit, dan hanya AKU, Izam dan Hafiz saja yang turun.


Kerana itu hajat kami untuk keluar dari Avanza di papan tanda tersebut terbantut.


Dan makam tersebut adalah seperti yang anda lihat. Tidak terurus dan terbela. Dipenuhi semak samun.




Papan tanda yang di pasang oleh pihak Muzium. Lepas pasang tinggalkan saja. Nanti besok bile nak tabal Sultan Perak yang baru, baru datang balik.






Kalau anda ingin menjadi Sultan, maka anda kena redha, 100 tahun selepas anda mangkat, maka beginilah makam anda.


Ada kebenarannya apa yang saya sindir tersebut. Marah pun ada. Ini kerana, selepas dari makam tersebut, lebih kurang 300 meter darinya, maka kami berjumpa dengan sebuah kawasan lapang dan bersih dimana dihadapannya terpacak papan tanda ini:-


Kubur J.W.W Birch


Kawasannya lapang dan tidak bersemak samun. Ada 5 kubur bersalib disitu. Adakah kawasan kubur itu tidak subur dan menyebabkan tidak boleh ditumbuhi pokok ataupun semak????? Cis...Pada mulanya AKU ada mengambil 3, 4 keping gambar disini, tapi semasa di Kedah, AKU terpaksa meninggalkan hanya sekeping dan menghapuskan yang lain untuk memeberi ruang memori kamera yang lebih besar bagi menyimpan gambar-gambar yang lebih bermakna. Gambar-gambar AKU dan sahabat-sahabat yang lain pun AKU terpaksa delete juga.


Selepas dari kubur Birch tersebut, laluan yang kami lalui hampir rapat dengan tebing Sungai. Kadang kala ada yang hanya sejarak 10 meter. Laluan kehadapan terus bertambah sukar. sehingga kami terjumpa jambatan tanah di parit sepanjang 2 meter lebih yang sebahagiannya telah mendap dalam ke bawah. Kami berbincang samada perlu diteruskan atau tidak. Oleh kerana kami difahamkan bahawa jalan tersebut sekiranya dilalui terus, kami akan kembali ke jalan besar di sebuah kampung lain. Maka kesemua sahabat-sahabat aku turun dari Avanza dan meletakkan kayu bagi mengelakkan tanah yang telah mendap itu, terus mendap dan akan menyebabkan Avanza kami tersangkut. AKU tidak dibenarkan turun kerana perlu memandu. Diwaktu itu jam menunjukkan pukul 1230hrs, dan AKU masih lagi tidak tidur dengan sempurna sejak bertolak dari Seremban.




Laluan sukar yang kami tempuhi. Nasib baik ada kayu-kayu di situ.



Sebaik melepasi halangan tersebut, kami gembira kerana menemui jalan yang telah bertar. Pada fikiran kami, maka betullah apa yang kami lalui ini. Namun panas yang kami sangkakan hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Apabila kira-kira 200 meter dari laluan sukar tersebut, dengan tidak menemui makam-makam yang lain, perjalanan kami terbantut apabila di hadapan kami adalah Sungai Perak. Jalan tersebut jalan mati. Dipercayai jalan asalnya terhakis dan runtuh ke dalam Sungai Perak.





Jalan mati daa...


Fuh... Besar sungguh dugaan kami. Mahu tak mahu kami terpaksa patah balik dan kami mengambil keputusan untuk kembali terus ke jalan besar sebelum masuk ke kampung tadi. Maka, kami ber 'camel throphy' sekali lagi di laluan sukar yang kami tempuhi lagi. Kali ini AKU sempat meletakkan kamera di atas dashbord dan merakam dalam bentuk video usaha yang dilakukan sahabat-sahabat AKU.


Telah dibuktikan bahawa Avanza adalah MPV tahan lasak...Hahahaha... nak buat macam mana. dah terlajak ke situ, harung je lah...bukankah kita di ajar mara ke depan, tidak mengelak ke kiri dan ke kanan mahupun berundur. Tapi yang ini bukan kami berundur. Cuma mengambilnasihat orang tua-tua, sesat di hujung jalan, pulang ke pangkal jalan. Kami tindak berundur kerana AKU dah meng 'U-Turn' kan Avanza terlebih dahulu.


Laluan balik kami lebih berliku kerana melalui jalan yang telah mendap lebih dalam akibat terjahan Avanza kami ketika datang tadi. Beberapa kali kami sangkut. Beberapa kali juga sahabt-sahabat AKU terpaksa turun dari Avanza untuk menolak. Begitu kasih dan sayangnya sahabat-sahabat kepada AKU. Mereka tidak benarkan sama sekali aku keluar dari Avanza dan berlumpur bersama mereka. Inilah sahabat! Mereka dah macam berkubang. Inilah keadaan Avanza yang kami pinjam dari kakak Fendi sebaik keluar dari kampung tersebut.




Ni, kalau make-up skit, tambah skirting, tampah spoiler, tambah kangaroo bumper mesti da boleh masuk rally ni.


Sebaik keluar, kami tergelak sakan. Masing-masing mengelakkan comot lumpur di wajah dan muka masing-masing. Nasib baik kami belum mandi lagi sejak dari Seremban. Kalau mandi, sia-sia saja mandi kami tu. Selepas itu kami singgah di Masjid Kg. Pulau untuk mebersihkan badan kami dari lumpur dan kekotoran. Sayangnya, air di masjid tersebut tidak kuat, dan kami tidak beberapa puas mandi. Namun, kami telah terlatih untuk menghadapi keadaan yang sukar sebegitu.



Masjid Kampung Pulau



Kami berada di masjid tersebut kira-kira 1 jam lebih sikit. Sempat juga kami mandi dan membersihkan karpet Avanza kami. Di situ terlihat kesan calar balar di badan Avanza. Pergh... Parah kami. Nasib baik Fendi cool. Lagipun segala keputusan untuk meneruskan perjalanan kami adalah melalui sepakat kami sebulat suara. Kemudian berpatah balik sedikit ke Kampung Pulau Besar apabila terlihat papan tanda kedua yang tertulis nama-nama makam pada gambar pertama tadi. Itulah jalan masuk yang kedua.
Kami berbincang. Kami telahpun berada di situ. Kami agak goyah sedikit selepas melalui halangan lumpur tadi. Sepakat kami sebulat suara, untuk masuk sekali lagi, tetapi dengan syarat, sekiranya berjumpa sahaja jalan yang tidak elok, kami akan berpatah balik dan terus ke Kuala Kangsar.


Mulanya jalan kedua yang kami lalui itu bertar walaupun tidak secantik mana. Kami terlebih dahului menemui papan tanda makam Raja Ahmad. Tapi, kami meneruskan ke hadapan untuk ke makam yang lebih jauh sedikit. Tapi, hanya 200 meter selepas itu, AKU berpatah balik selepas melihat jalan dihadapan kami berlubang besar. Avanza kami tidak akan dipaksa menggagahi liku sebegitu lagi. Maka kami ke makam Raja Ahmad. Ianya bukan makam yang sebenar, ianya hanyalah tanda peringatan sahaja seperti yang tertulis dan diberitahu oleh Hafiz di bawah.


Papan tanda ke makam Raja Ahmad. Kena jalan kaki dan lalui pejabat JPS



Makam Raja Ahmad. Pagar sekelilingnya luas



Seluas-luas pagar tu, yang ada dalam pagar tu, ini je. Batu atau tanda peringatan. Baginda dipercayai mati terjatuh di Kuala Sunga Tepus, dan mengikut lagenda Baginda adalah penjaga jin Sungai Perak. Di sini juga merupakan salah satu tempat adat pertabalan Sultan Perak.




Pada jam 1430hrs, kami meneruskan perjalan ke Kuala Kangsar dengan melalui Bota dan Parit. Makam-makan Sultan Perak yang lain di laluan itu terpaksa kami lupakan. Destinasi kami adalah Pekan Parit untuk mencari kedai makan. Kedai-kedai di laluan sebelum tiba di Pekan Parit agak kuarang dan tidak menarik. Kami masih lagi memikirkan soal selera, walaupun keadaan kami pada waktu itu, ibarat kata oran, berilah apa saja kepada kami, pasti kami akan menelannya. AKU masih lagi terus memegang stering Avanza walaupun masih lagi belum tidur sedari Seremban. AKU terikat dengan persefahaman. Pemandu di waktu siang adalah aku. Malam barulah antara Hafiz dan Fendi. Tidak mengapalah, lagipun mereka dah penat menolak Avanza dan berlumpur.

Pengajaran yang kami pelajari di situ ialah, kami memerlukan khidmat penunjuk arah atau orang yang mahir tentang kawasan tersebut dan tahu letak diamnya makam-makam tersebut. Jangan nak main redah saja. Jangan nak semberono.

Dugaan kami bukan masih lagi ada di hadapan.

Salam Segenggam, Salam Secekak!

Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Dari N. Sembilan ke Perak Perjalanan Hari Pertama Yang Penuh Mencabar (Part 1)

Cadangan asal kami adalah untuk bergerak sejurus habis Majlis Sambutan Tenaga Pengajar 1430H di Auditorium DBKL, pada 29 Januari 2009. Oleh kerana, pengangkutan kami hanya boleh diperolehi selepas jam 2200hrs, maka itu, waktu perlepasan kami ditangguhkan kepada tengah malam.

Dalam cadangan awal kami adalah untuk terus ke Kedah dahulu kemudian singgah di Perak semasa dalam perjalanan pulang, namun pada pagi Isnin tersebut, cadangan itu terpaksa di ubah untuk ke Perak dahulu atas sebab pemandu pelancung kami, Sdr. Basheeron (Ce On) mempunyai urusan di UiTM Shah Alam pada hari Selasa dan hanya akan berada di Kedah pada hari Rabu.

Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami semasa pergi dan kembali, berkatilah perjalanan kami semasa pergi dan kembali
Lindungilah perjalanan kami semasa pergi dan kembali, Selamatkanlah perjalanan kami semasa pergi dan kembali
Ya Allah, jadikanlah perjalanan kami sebagai satu ibadat dan jihad... Amin Ya Rabb.


Kami bergerak ke Perak pada jam 0030hrs, Selasa 30 Disember 2008 dengan pemandu kami Hafiz bersama co-pilot Fendi. Secara tak langsung, kami mencapai persefahaman bahawa bagi perjalanan malam, pemandunya Hafiz atau Fendi, untuk siang hari, pemandunya AKU bersama co-pilot, Izam.

Destinasi pertama kami adalah Teluk Intan. Sepanjang malam itu, selepas melepasi Rawang, AKU senyap sahaja. Rasa seperti tidur, tetapi setiap perbualan antara Hafiz, Fendi dan Wak, AKU dengar. Kira Tidur-tidur ayam lah. Izam pula terlebih dahulu melayar behtera mimpinya. Kami hanya berhenti di R&R Seremban untuk isi minyak dan membeli peta perjalanan serta di Hentian Sungkai untuk membuang air kecil.

Setelah exit tol Bidor, kami ke arah Bandar Teluk Intan. Perut pemandu dan co-pilotnya ingin di isi, tetapi terlepas Restoran Kari Kepala Ikan Ghulam Rasul selepas exit Tol Bidor. Kami teruskan saja sehingga berhenti di Mc D Telok Intan pada jam lebih kurang 0430hrs. Sebaik AKU dan Izam keluar dari Avanza, Hafiz dan Fendi terus membaringkan seat mereka. Aik...kata nak makan. AKU biarkan saja. Mereka dah penat memandu dan menunjuk arah. AKU lepak kat Mc D dan sempat melahap bubur ayam dan segelas besar kopi 'O' yang AKU ketagih sejak akhir-akhir ni sambil menonton live match antara MU vs Everton(rasanya...AKU kurang sangat nak menonton) dan selepas itu, menambah dengan sebiji burger ayam Mc D bersama segelas besar kopi 'O' lagi... Hahahaha.... Ingin juga nak joint kawan-kawan lena, tapi tak sampai hati nak kejutkan Hafiz atau Fendi sebab mereka 'makan' seat tengah Avanza tu.
Dalam duduk-duduk di situ, AKU berkira-kira, mana yang nak di tujui dulu, ke Makam Marhum Durian Sebatang atau Beting Beras Basah? Pagi-pagi buta nak ke Makam? Gila apa... Subuh pun belum masuk lagi! So, AKU decide untuk ke Bagan Datoh. Ke Beting Beras Basah. Maknanya kami akan turun ke bawah. Kalau lalu jalan dalam, mungkin lebih dekat. Dari Klang ke Sabak Bernam dan terus ke Bagan Datoh. Selepas berbual dengan brader Mc D untuk mendapatkan hala tuju, lebih kurang jam 0630hrs, AKU kejutkan mereka. AKU dan Izam mengambil alih seat depan Avanza. Dari Telok Intan ke Bagan Datoh ada lebih kurang 60km.
Tiba di Pekan Bagan Datoh, AKU mencari-cari hala tuju. Masuk laluan kampong dan singgah di sebuah surau. Lupa pulak nama kampong dan surau tu. Tapi kami gelarkan surau berpenunggu....Hahaha..sebab kenapa kami namakan sebegitu, adalah rahsia. Di surau itu hanya ada 2 orang sahaja yang berjemaah Subuh. Kami bertanya tentang arah ke Beting Beras Basah. Alhamdu Lillah, kami berada di laluan yang benar. Malah, kami di berikan jalan yang pendek untuk ke sana. Kena melalui Felcra. tepat jam 0730hrs, kami tiba di kawasan tinjau, Beting Beras Basah. Tiada apa yang menarik sangat pun di situ, malah kurang terbela. Beting yang disebutkan tidak kelihatan. Mungkin kerana air pasang atau memang sudah tidak kelihatan lagi. Wallahualam.


Menikmati pandangan muara Sungai Perak di waktu pagi


Sebuah pondok di Beting Beras Basah yang menjadi tanda tanya bagi kami.

Kami tak lama di situ, sekitar 15 minit sahaja. Kemudian kembali ke Pekan Bagan Datoh untuk bersarapan pagi dan selepas itu ke Teluk Intan. Alang-alang ke sini, maka wajiblab bergambar di Menara Condong Teluk Intan.



Di pintu menara condong, kami berada hanya sekitar 5 minit untuk ambil beberapa keping gambar sahaja

Seterusnya kami menuju ke Kampung Terengganu, Durian Sebatang, di pinggir Bandar Teluk Intan. Jalan di kampung ini kecil. Jika bertembung, salah seorang perlu mengalah. Kami fikirkan kami telah tesesat arah. Nasib baik ada Pak Cik Abdul Kamil. Sewaktu kami bertanya padanya, beliau sedang menyapu halaman rumahnya. Beliau dengan mesra menyambut kami. Rupanya kami tidak silap. Makam tersebut berada tidak jauh di belakang rumahnya. Beliau dengan baik hatinya mengizinkan kami memakir Avanza kami di halaman rumahnya serta menunjukkan makam tersebut. Makam tersebut di kelilingi rumah-rumah orang Kampung Terengganu. Sama seperti Beting Beras Basah, makam tersebut tidak terbela dengan baik.


Dihadapan rumah Pak Cik Abdul Kamil yang baik hati.




Makam Al-Marhum Sultan Abdullah Muhammad Shah I (Marhum Durian Sebatang) dikiri sekali

Simbol di makam tersebut yang menarik perhatian kami. Ada sesiapa yang mengengetahui maksudnya?

Seperti biasa, kami hanya berada sekitar 15 minit sahaja kerana itulah yang dihadkan oleh kami. Destinasi seterusnya adalah Kampong Gajah. Bermula dari situlah, terjadinya perjalanan kami yang mencabar dan teruja...hahahaha...

Salam Segenggam, Salam Secekak!