Isnin, 12 Januari 2009

Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Mukadimah


Seperti yang telah diwar-warkan sebelum ini, nama asal projek ini ialah "Menjejak Liku Hanafi" yang pada mulanya ingin dijadikan salah satu program cawangan Negeri Sembilan Darul Khusus. ianya tercetus selepas daripada program Kursus Tenaga Pengajar, Kursus Kesempurnaan Solat dan Kursus KK yang dianjurkakan secara bersama oleh Cawangan Negeri Sembilan dan Melaka pada 29 hingga 31 Ogos 2008.

Cadangan asalnya adalah untuk menggerakkan sejumlah 21 ahli dari Cawangan Negeri Sembilan untuk melawat Negeri Kedah sekaligus menziarahi tempat-tempat bersejarah atau yang mempunyai hubungkait dengan perjuangan ini.

Oleh disebabkan terdapat beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan, maka hanya terdapat 5 orang sahaja yang ingin meneruskan projek ini.

Namun begitu, bukanlah dimaksudkan bahawa Cawangan Negeri Sembilan gagal untuk menganjurkan program ini. Ianya adalah atas sepakat Majlis Mesyuarat Negeri untuk menagguhkan prrojek ini.

Maka 5 orang anak muda ini telah bersepakat untuk mengisi cuti akhir tahun mereka yang panjang dengan perjalanan ke Negeri Perak dan Kedah. Matlamat mereka hanyalah sekadar menziarahi makam-makam lama milik sultan-sultan Perak terdahulu dan makam-makam para ulama di Negeri Kedah. Kesepakatan mereka direstui oleh Majlis Mesyuarat Negeri dan diberikan tugas sebagai peninjau awal tempat-tempat yang harus diziarahi oleh mereka nanti.

Melalui email-email yang dihantar sebelum ini, tidak banyak yang dirancang untuk menziarahi tempat-tempat bersejarah atau yang mempunyai hubungkait dengan perjuangan ini walaupun nama yang diberikan "Projek Pra Menjejak Liku Hanafi". Namun, dengan izin Allah Taala jugalah, perjalanan ini boleh dikatakan mencapai maksud namanya. Segala puji bagi Allah.

5 orang anak muda tersebut ialah, Sdr. Mohd Hafiz Bin Mohd Nor, S/U Cawangan; Sdr. Mohd Affandi Bin Othman, Bendahari Cawangan; Sdr. Hazaini Izam Bin Jantan, MMN; Sdr. Sollehin Bin Sahak, ahli cawangan dan AKU sendiri. Setiap peserta dikehendaki mengeluarkan belanja sebanyak RM 150 seorang yang dikhususkan untuk tambang minyak dan tol.

Setelah ditimbang-timbang, maka diputuskan bahawa rombongan akan bergerak pada tengah malam 30 Disember 2008 dan pulang pada pagi 2 Januari 2009 dengan menaiki sebuah Toyota Avanza milik kakak Sdr. Affandi. Walaupun terdapat usaha-usaha di saat akhir untuk menambah jumlah ahli rombongan, tetapi ianya kekal dengan 5 orang juga. Berbagai kisah yang menarik yang kadang-kadang nampak melucukan terjadi dalam perjalanan ini. Kisah-kisah perjalanan mereka akan dicoretkan di blog ini secara berperingkat.

Dari kiri: Izam, AKU, Wak, Fendi dan Hafiz

Di hadapan rumah sewa AKU, jam 0015, 30 Disember 2008, setelah bersiap-siap untuk memulakan perjalanan "Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi"


Salam Segenggam, Salam Secekak!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan