Khamis, 2 Julai 2009

Bacul dalam Kerakusan

Ingatkan mereka berani, rupanya bacul.

Kalau rasa diri tu benar, mengapa bubar semua 10 cawangan, kemudian buat mesyuarat agong?

Kalau dah rasakan kedudukan status quo, maka kedudukan cawangan-cawangan pun begitulah jugak kan?

Maknanya segala keputusan yang dibuat cawangan sepanjang 3 tahun ni pun diterima pakai juga la kan?

Kenapa dalam 3 tahun ni tiada notis mesyuarat agong kepada cawangan-cawangan?

Kalau alasan kes mahkamah,

Bukankah membubarkan 10 cawangan itu satu penafian dan pencabulan hak ahli?

Fikirlah dengan waras. Jika orang yang yakin kepada kebenaran perjuangannya, yakin sungguh-sungguh, yakin bahawa mereka benar sebenar-benarnya, kenapa tak menghadapi secara berdepan? Kenapa perlu nak bubarkan 10 cawangan dahulu sebelum buat mesyuarat agong?

Bubar atas ingkar arahan? 3 tahun bai... Apa penerangan dan penjelasan yang korang buat pada 10 cawangan ni? Setakat surat sehelai dua? Pernah ke korang turun ke setiap cawangan menjelaskan situasi dan berdialog? Kenapa tak buat? Takut? Bukankah berani kerana benar?

Buat majlis-majlis rasmi persatuan, ada ko panggil cawangan-cawangan? Sebab apa? sebab korang takut berhadapan.

Rakus terhadap kuasa, tapi bacul!!!

Bacul dalam kerakusan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan