Ahad, 1 Februari 2009

Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Perjalanan Hari Ketiga di Kedah Darul Aman (Part 1)

Tilam Oh Tilam!!!

Setelah habis di Hotel Lim Kung, kami beredar balik ke Yan walaupun malam masih muda dan tambah lagi ianya malam tahun baru. Ah... Biarkan saja. AKU tak pernah sambut tahun baru. Seingat AKU, masa malam tahun baru 2002, itulah pertama kali AKU melepak kat Dataran Shah Alam. Itu pun terjebak secara tak sengaja sebab waktu tu menumpang kereta kawan. Itupun hanya sekitar sejam. Lagipun tiada apa-apa acara yang menarik malam tu kerana Selangor tengah berkabung atas kemangkatan Yang Dipertuan Agong yang juga Sultan Selangor.

Sesampai di chalet, jamnya 2315hrs. Masing-masing terus merebahkan diri di atas tilam katil 'double-decker'. Kami kerinduan pada tilam di rumah. Sudah 2 malam kami tidur tidak bertilam dan berbantal.

Selepas membersihkan badan, AKU menerangkan serba sedikit aktiviti kami esok. Perkara utamanya ialah kami perlu bangun seawal pagi dan bergerak ke Derga jam 0700hrs. Aktiviti di Derga mungkin mengambil masa 3 jam termasuk perjalanan pergi dan balik. Sesudah dari itu, kami merancang pada 1000hrs, kami dah boleh melawat Muzium Negeri Kedah, dan masa yang diberikan 2 jam. Jam 1200hrs, kami akan ke Pekan Rabu untuk bershopping dan makan tengahari. Masa yang panjang diberikan sehingga jam 1500hrs untuk aktiviti yang paling utama hari itu sebelum kami pulang.

Setelah itu, masing-masing menetapkan 'Alarm Clock' pada telefon. Untuk bergerak seawal 0600hrs, selewat-lewatnya kami perlu bangkit seawal 0530hrs, dan itulah waktu yang ditetapkan pada telefon bimbit kami.

Jam 0530hrs, 'alarm alock ' pada telefon kami berbunyi. Yang paling kuat adalah lagu dari telefon bimbit Izam. Entah apanya lagu digunakan.

Jam 0930hrs, Izam datang menghampiri AKU dan berkata, "Pin, bangun, dah kul 9 lebih la".

Hahahahaha...

Ternyata kami tewas pagi itu dengan hanya tilam setebal 6 inci dan bantal kapas.

Kesemua kami bingkas bangkit dan mandi.

Kesemua kami terjaga jam 0530hrs pagi tadi apabila jam loceng berbunyi.


Kesemua kami juga mematikan jam loceng kami.

Kesemua kami juga memandang kecil antara kami selepas itu melihat-lihat siapa yang bergerak.

dan, kesemua kami juga menyambung tidur kami sesudah itu.

Kesemua kami juga mendengar jam loceng Izam yang berbunyi selang 15 minit selepas 0530hrs sehingga ia di hentikan.

Kesemua kami juga, terbabas pagi itu.

Kami akan kelewatan 3 jam dari rancangan kerana untuk mandi dan berkemas, kami akan keluar dari chalet setidak-tidaknya jam 1000hrs. Pelan bertindak dikemukan. Aktiviti diatur semula. Satu pakej baru akan dilaksanakan.

Setelah siap semuanya, jam 1000hrs kami menangkut barangan kami dan menyusunnya didalam Avanza.

Sebelum beredar kami mengambil gambar kenang-kenangan.




Kem Kenari Nature Park, Yan, Kedah. Terima kasih kepada kakak Ce On yang memberikan kami penginapan yang sangat selesa. Sesiapa yang nak datang ke kedah, dicadangkan menginap disini. Tempatnya cantik, mempunyai berbagai kelengkapan samada kelengkapan bilik dan rekreasi. Sewanya sangat murah. Air yang digunakan adalah air gunung yang disalurkan dari air terjun yang berhampiran.


Wajah-wajah kesiangan
Dari kiri: Izam, Fendi, AKU, Wak dan Hafiz
Jelas tergambar di wajah mereka nikmat dan kepuasan tidur diatas tilam malam tadi.

Nafsu tidur punya pasal, tilam disalahkan.

Hahahaha....


Pesanan Penaja.

Ribuan ampun dan maaf dipinta kepada sahabat-sahabat kerana sudah hampir sebulan tiada sebarang update dalam blog ini. Bulan ini agak sibuk. Terpaksa menghadiri 2 kursus, menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh kerana menghadiri kursus tersebut dan kerap kali pulang ke kampung atas urusan peribadi.

Salam Secekak, Salam Segenggam!

1 ulasan:

  1. tumpang lalu,
    promosi untuk mousepad
    sila lawati

    http://alumnicekakcyber21.blogspot.com/

    terima kasih

    BalasPadam