Rumah En. Shafei Darus
Rabu, 17 Jun 2009
Jumaat, 12 Jun 2009
Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Perjalanan Hari Kedua di Kedah Darul Aman (Part 2)
Kenangan Terindah
Terima kasih Ce On atas penginapan ini... Budi mu ini telah menghapuskan rasa tak puas hati kami tentang direction yang salah... tapi kutukan akan berterusan sepanjang zaman...hahaha
Pandangan hadapan pondok Tuan Hussin Che Dol
Selepas itu, Ce On bawa kami meninjau tapak sebuah pondok yang kini telah menjadi Sekolah Agama Bantuan Zakat Negeri Kedah dan bekas rumah Tuan Guru pondok tersebut iaitu Tuan Guru Hj. Majid, yang mengikut catatan, Al-Marhum Ustaz Hanafi pernah belajar ilmu agama dengan beliau. Kedudukannya adalah di dalam Kampong Tokau, iaitu kampung Ce On dan terletak di belakang rumah Ce On sendiri.
Sekolah Agama Bantuan Zakat Negeri Kedah
Bekas rumah Tuan Guru Haji Majid
Pandangan hadapan rumah En. Shafei Darus
Di sinilah Silat Cekak di ajar dan ahli-ahli berlatih
Kami bergambar kenangan dengan Pak Lang Ahmad di ruang tamu
Kami bergambar kenangan dengan Pak Lang Ahmad di hadapan rumah
Bekas tapak rumah keluarga Almarhum Ustaz Hanafi terletak kira-kira 200 meter dari rumah En. Shafei Darus. Laluannya jauh sedikit dan perlu menyusuri batas sawah kerana laluan yang dekat sudah dipenuhi belukar.
Bekas tapak rumah keluarga Al-Marhun Ustaz Hanafi
Bekas tapak tangga rumah masih kelihatan
Pandangan hadapan
Nesan yang menjadi tanda makam tersebut milik Almarhum Hj. Zain Bin Abdul Rahman, tertulis di situ, kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad, 2 Syawal 1396, bersamaan 26.9.1976, jam 1.45 petang.
Selepas dari menzaiarahi dan merasa puas kerana matlamat utama kami tercapai, kami beredar dari masjid Alor Merah sesudah Asar. Menziarahi makam-makam lain adalah sampingan sahaja. yang utamanya adalah di situ.
Setelah itu, perjalanan kami diteruskan dengan pulang ke Negeri Sembilan. Sebelum pulang, kami sempat singgah bertamu di rumah En. Zakaria Bin Mat, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ya ataupun Pak Ya, YDP SCH Negeri Kedah.
Setelah menghantar pulang Ce On, kami bergerak pulang ke Negeri Sembilan jam 2230hrs. Singgah menghantar Fendi di rumah mertuanya di Klang, dan selamat sampai di rumah AKU, di tempat perjalanan ini bermula pada jam 0800hrs, Jumaat, 2 Januari 2009 bersamaan 3 Muharam 1430H.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan perjalanan ini. Penghargaan tak terhingga kepada Ym Tuan Guru, Hj. Md. Radzi Bin Hj. Hanafi, kakak Fendi yang sudi meminjamkan Avanza nya, kakak Ce On yang menyediakan penginapan yang selesa, Ce On sendiri yang menunjukkan jalan dan arah walaupun tersesat dan Che Faiz yang membawa kami kepada matlamat utama kami.
Insyaallah perjalanan lain sedang dirangka. Lebih-lebih lagi setelah menerima inspirasi dari YM Tuan Guru untuk melakukan ziarah ke Terengganu dan Kelantan. Menziarahi makam Tuan-tuan guru di Pantai Timur.
Kita sambung semula cerita yang telah lama tertangguh...
Dek kerana tilam, kami terlajak..
Dek kerana terlajak,kami terpaksa mengubah plan...
Dek kerana mengubah plan, kami terpaksa membatalkan rancangan menziarahi makam Al-Marhum Tok Syeikh Jarum Derga - seorng ulama terkenal, yang mendapat gelaran Jarum kerana akalnya setajam Jarum, juga datuk kpd Al-Marhum Fadzil Noor..
Walaupun kerana dek-dek diatas, kami tetap sempat bergambar di tempat kediaman rasmi kami, yang menjadi saksi kami terlajak tidur...
Terima kasih Ce On atas penginapan ini... Budi mu ini telah menghapuskan rasa tak puas hati kami tentang direction yang salah... tapi kutukan akan berterusan sepanjang zaman...hahahaKami keluar dari situ jam 1000hrs. Rancangan berubah dengan meninggalkan Fendi bersama Wak untuk membeli barangan di Pekan Rabu, dan yang lain akan ke Muzium Negeri Kedah. Sebelum itu kami sempat singgah ke sebuah pondok seorang ulama terkenal negeri Kedah suatu masa dulu, Al-Marhum Tuan Hussin Che Dol.
Pandangan hadapan pondok Tuan Hussin Che DolKemudian kami di bawa makan oleh Ce On.. bayangkan, dengan sekeping ikan pari bakar, sekeping ikan kembong bakar, nasi menggunung, sayur dan lauk yang lain beserta air, kos nya hanya RM 5.00.. Mewah makan kat sini ooi...
Kemudian Ce On bawa kami singgah ke rumah beliau.. Anak bongsu Ce On ni.. Patut manja semacam.. haha..
Selepas itu, Ce On bawa kami meninjau tapak sebuah pondok yang kini telah menjadi Sekolah Agama Bantuan Zakat Negeri Kedah dan bekas rumah Tuan Guru pondok tersebut iaitu Tuan Guru Hj. Majid, yang mengikut catatan, Al-Marhum Ustaz Hanafi pernah belajar ilmu agama dengan beliau. Kedudukannya adalah di dalam Kampong Tokau, iaitu kampung Ce On dan terletak di belakang rumah Ce On sendiri.
Sekolah Agama Bantuan Zakat Negeri Kedah
Bekas rumah Tuan Guru Haji MajidDan selepas itu kami terus ke Alor Setar, melalui lebuhraya dan sampai di Alor Setar sekitar jam 1300hrs.
Di sana, seperti yang diberitahu tadi, kami berpecah dengan meninggalkan Fendi bersama Wak membeli barangan di Pekan Rabu dan yang lainnya ke Muzium. Kami ada masa sekitar 2 jam sebelum dijangka akan bertemu Che Faiz di Masjid Alor Merah.
Kami tiba di Masjid Alor Merah jam 1530hrs, dan Che Faiz telah sedia menanti kami. Di belakang Masjid tersebut adalah merupakan tanah perkuburan, dimana di situ terletaknya Makan Tuan Guru Haji Zain Bin Abdul Rahman. Kami tidak ke makam tersebut, tetapi ke Alor Gunung meninjau rumah En. Shafie Darus dan tapak rumah keluarga Almarhum Ustaz Hanafi.
Alhamdu Lillah, Pak Lang Ahmad, anak Allahyarham En. Shafei Bin Darus ada pada ketika itu. Kedatangan kami di sambut mesra olehnya yang sedang memanggang pulut udang. Rumah En. Shafei Darus ini adalah merupakan satu monumen bersejarah, keran ia telah melihat Silat Cekak ini di zahirkan semula. Di sinilah kelas pertama Silat Cekak diajar pada ketika di zahirkan.
Pandangan hadapan rumah En. Shafei Darus
Di sinilah Silat Cekak di ajar dan ahli-ahli berlatih
Kami bergambar kenangan dengan Pak Lang Ahmad di ruang tamu
Kami bergambar kenangan dengan Pak Lang Ahmad di hadapan rumahSelesai beramah mesra dengan Pak Lang Ahmad dan diberi beberapa nasihat sebagai bekal ke tempat yang seterusnya yang tidak jauh dari situ, iaitu bekas tapak rumah keluarga Ustaz Hanafi, kami segerak kesana. Sebelum itu, kami sempat membeli pulut udang Pak Lang Ahmad. Pergh...sedapnye ya amat... terasa serunding udangnya...
Bekas tapak rumah keluarga Almarhum Ustaz Hanafi terletak kira-kira 200 meter dari rumah En. Shafei Darus. Laluannya jauh sedikit dan perlu menyusuri batas sawah kerana laluan yang dekat sudah dipenuhi belukar.
Bekas tapak rumah keluarga Al-Marhun Ustaz Hanafi
Bekas tapak tangga rumah masih kelihatanSelepas dari itu, kami di bawa oleh Che Faiz meninjau rumah Tuan Guru Haji Zain bin Abd Rahman.
Pandangan hadapanKetika hampir hendak masuk waktu asar, kami kembali ke Masjid Alor Merah, untuk menyelesaikan matlamat utama kami ke Negeri Kedah Darul Aman iaitu menziarahi makam Almarhum Tuan Guru Haji Zain Bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Lebai Hj. Zain. Jika sahabat-sahabat ke Masjid ini dan ingin mencari makam Almarhum Lebai Hj. Zain, tanda istimewa di makam tersebut adalah 4 kepin marmar di letakkan di atas makam tersebut.
Nesan yang menjadi tanda makam tersebut milik Almarhum Hj. Zain Bin Abdul Rahman, tertulis di situ, kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad, 2 Syawal 1396, bersamaan 26.9.1976, jam 1.45 petang.Selepas dari menzaiarahi dan merasa puas kerana matlamat utama kami tercapai, kami beredar dari masjid Alor Merah sesudah Asar. Menziarahi makam-makam lain adalah sampingan sahaja. yang utamanya adalah di situ.
Sesudah dari situ, kami di bawa makan di Nasi Kandar Haji Ramli. Pergh....Sedap!. Kalau datang ke Kedah, jangan lupa singgah.
Setelah itu, perjalanan kami diteruskan dengan pulang ke Negeri Sembilan. Sebelum pulang, kami sempat singgah bertamu di rumah En. Zakaria Bin Mat, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Ya ataupun Pak Ya, YDP SCH Negeri Kedah.
Setelah menghantar pulang Ce On, kami bergerak pulang ke Negeri Sembilan jam 2230hrs. Singgah menghantar Fendi di rumah mertuanya di Klang, dan selamat sampai di rumah AKU, di tempat perjalanan ini bermula pada jam 0800hrs, Jumaat, 2 Januari 2009 bersamaan 3 Muharam 1430H.
Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan perjalanan ini. Penghargaan tak terhingga kepada Ym Tuan Guru, Hj. Md. Radzi Bin Hj. Hanafi, kakak Fendi yang sudi meminjamkan Avanza nya, kakak Ce On yang menyediakan penginapan yang selesa, Ce On sendiri yang menunjukkan jalan dan arah walaupun tersesat dan Che Faiz yang membawa kami kepada matlamat utama kami.
Insyaallah perjalanan lain sedang dirangka. Lebih-lebih lagi setelah menerima inspirasi dari YM Tuan Guru untuk melakukan ziarah ke Terengganu dan Kelantan. Menziarahi makam Tuan-tuan guru di Pantai Timur.
Alhamdu Lillah.
Ahad, 1 Februari 2009
Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Perjalanan Hari Ketiga di Kedah Darul Aman (Part 1)
Tilam Oh Tilam!!!
Setelah habis di Hotel Lim Kung, kami beredar balik ke Yan walaupun malam masih muda dan tambah lagi ianya malam tahun baru. Ah... Biarkan saja. AKU tak pernah sambut tahun baru. Seingat AKU, masa malam tahun baru 2002, itulah pertama kali AKU melepak kat Dataran Shah Alam. Itu pun terjebak secara tak sengaja sebab waktu tu menumpang kereta kawan. Itupun hanya sekitar sejam. Lagipun tiada apa-apa acara yang menarik malam tu kerana Selangor tengah berkabung atas kemangkatan Yang Dipertuan Agong yang juga Sultan Selangor.
Sesampai di chalet, jamnya 2315hrs. Masing-masing terus merebahkan diri di atas tilam katil 'double-decker'. Kami kerinduan pada tilam di rumah. Sudah 2 malam kami tidur tidak bertilam dan berbantal.
Selepas membersihkan badan, AKU menerangkan serba sedikit aktiviti kami esok. Perkara utamanya ialah kami perlu bangun seawal pagi dan bergerak ke Derga jam 0700hrs. Aktiviti di Derga mungkin mengambil masa 3 jam termasuk perjalanan pergi dan balik. Sesudah dari itu, kami merancang pada 1000hrs, kami dah boleh melawat Muzium Negeri Kedah, dan masa yang diberikan 2 jam. Jam 1200hrs, kami akan ke Pekan Rabu untuk bershopping dan makan tengahari. Masa yang panjang diberikan sehingga jam 1500hrs untuk aktiviti yang paling utama hari itu sebelum kami pulang.
Setelah itu, masing-masing menetapkan 'Alarm Clock' pada telefon. Untuk bergerak seawal 0600hrs, selewat-lewatnya kami perlu bangkit seawal 0530hrs, dan itulah waktu yang ditetapkan pada telefon bimbit kami.
Jam 0530hrs, 'alarm alock ' pada telefon kami berbunyi. Yang paling kuat adalah lagu dari telefon bimbit Izam. Entah apanya lagu digunakan.
Jam 0930hrs, Izam datang menghampiri AKU dan berkata, "Pin, bangun, dah kul 9 lebih la".
Hahahahaha...
Ternyata kami tewas pagi itu dengan hanya tilam setebal 6 inci dan bantal kapas.
Kesemua kami bingkas bangkit dan mandi.
Kesemua kami terjaga jam 0530hrs pagi tadi apabila jam loceng berbunyi.
Kesemua kami juga mematikan jam loceng kami.
Kesemua kami juga memandang kecil antara kami selepas itu melihat-lihat siapa yang bergerak.
dan, kesemua kami juga menyambung tidur kami sesudah itu.
Kesemua kami juga mendengar jam loceng Izam yang berbunyi selang 15 minit selepas 0530hrs sehingga ia di hentikan.
Kesemua kami juga, terbabas pagi itu.
Kami akan kelewatan 3 jam dari rancangan kerana untuk mandi dan berkemas, kami akan keluar dari chalet setidak-tidaknya jam 1000hrs. Pelan bertindak dikemukan. Aktiviti diatur semula. Satu pakej baru akan dilaksanakan.
Setelah siap semuanya, jam 1000hrs kami menangkut barangan kami dan menyusunnya didalam Avanza.
Sebelum beredar kami mengambil gambar kenang-kenangan.

Kem Kenari Nature Park, Yan, Kedah. Terima kasih kepada kakak Ce On yang memberikan kami penginapan yang sangat selesa. Sesiapa yang nak datang ke kedah, dicadangkan menginap disini. Tempatnya cantik, mempunyai berbagai kelengkapan samada kelengkapan bilik dan rekreasi. Sewanya sangat murah. Air yang digunakan adalah air gunung yang disalurkan dari air terjun yang berhampiran.
Wajah-wajah kesiangan
Dari kiri: Izam, Fendi, AKU, Wak dan Hafiz
Jelas tergambar di wajah mereka nikmat dan kepuasan tidur diatas tilam malam tadi. Nafsu tidur punya pasal, tilam disalahkan.
Hahahaha....
Pesanan Penaja.
Ribuan ampun dan maaf dipinta kepada sahabat-sahabat kerana sudah hampir sebulan tiada sebarang update dalam blog ini. Bulan ini agak sibuk. Terpaksa menghadiri 2 kursus, menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh kerana menghadiri kursus tersebut dan kerap kali pulang ke kampung atas urusan peribadi.
Salam Secekak, Salam Segenggam!
Sabtu, 31 Januari 2009
Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Perjalanan Hari Kedua di Kedah Darul Aman (Part Akhir)
Malam Tahun Baru Di Hotel Lim Kung
Sebaik selesai menziarahi makam Al-Marhum Tuan Hussain Kedah Al-Banjari, dan setelah bertawaf di Gunung Keriang, waktu telah menunjukkan jam 1830hrs. Ce On bercadang untuk membawa kami ke sebuah warong bergerak. Di situ dikatakan Mee Goreng Mamaknya cukup sedap dan digilai oleh Ce On sendiri. Ia mempunyai panggilan tersendiri iaitu Mee Shariff.
Sambil-sambil ke situ, Ce On menunjuk arah sekitar Kuala Kedah. AKU bawa sajalah, katanya jalan pintas ke Mee Shariff. Setelah lama memandu, timbul tanda tanya dari AKU kerana dari jalan yang lebar akhirnya AKU memandu di lorong kampung yang kecil, hanya untuk sebuah kenderaan, dan terpaksa mengalah jika bertembung dari arah bertentangan. Lebih teruk, makin lama, dari jalan bertar ke jalan yang berlopak-lopak dan tidak bertar!
AKU bertanya, "Betul ke jalan ni Ce On?". Tanpa ragu-ragu, Ce On memberi respon, " Betui! Hang jangan bimbang lah, takkan sesat nya kat Kedah ni". AKU akur kerana tempat dia.
Tapi, lama kelamaan, Ce On menggelabah. AKU bertanya, "Awatnya Ce On? Kita da sesat ka?"
Ce On masih memberi responnya tanpa was-was, "Dak aih, kita cuma terlepas simpang ja", kemudian Ce On menambah lagi dengan mengemukan satu teori, "Kedah ni Pin, hang tak yah risau. Ni kawasan bendang. Kalo hang sesat, hang cari landmark, kemudian hang jalan je. Selagi hang nampak landmark tu, hang lalu jalan yang betul, pasai, jalan kat bendang macam tu, La, ni kita nak kuar jalan besag, hang ambil Gunung Keriang tu sebagai panduan, ikut jalan ni. Mestinya jumpa jalan besag".
AKU akur lalu membelok ke kiri, masuk ke lorong yang lebih kecil, dan terus memandu ke arah Gunung Keriang. AKU berasa pelik bila melihat sekumpulan pemuda kampung memandang kami dengan raut wajah yang kehairanan. Ce On pula, masih menunjuk arah dengan menyebut "terus, terus, terus".
Dan, akhirnya kami bertemu dengan jalan mati! Hampeh punya Ce On! AKU dah kebuluq ni!
Dengan tenang Ce On meminta AKU berpatah balik, dan sempat berkata, "Nampaknya teori yang aku cakap tadi tak boleh di pakai kat sini". AKU berpatah balik lalu berhenti di sekumpulan pemuda tadi untuk bertanya jalan yang sepatutnya untuk ke Alor Star. Rupanya, kami perlu jalan terus sahaja tanpa belok ke kiri di tempat yang kami bertemu sekumpulan pemuda itu tadi. AKU memandu melalui jalan yang berlopak-lopak dan tidak bertar sehinggalah kami tembus keluar di sebuah taman dan menuju ke Mee Sharif. Tiba di sana jam 1915hrs. Mee tersebut memang sedap!
Sahaja AKU ceritakan hal ini sebab dari situlah titik mulanya, sahabat-sahabatKU mula bergelak ketawa dan mengutuk-ngutuk Ce On. Sejak berjumpa siang tadi, sahabat-sahabatKU memandang hormat dan tinggi pada Ce On. Mereka segan kepadanya kerana pengetahuannya tentang sejarah.
Nak tergelak AKU! Dari baik-baik semuanya mendengar dengan tekun dan diam bila Ce On berbicara, sesudah itu Ce On menjadi bahan kutukan pulak. Tambahan pula, sebaik bertemu jalan mati, berbakul-bakul sumpah AKU taburkan pada Ce On. Hahahahaha. Maaf la yo Ce On, AKU gurau je. Kepada rakan-rakan yang ingin menggunakan khidmat Ce On sebagai pemandu arah, silalah memastikan dengan tepat dan betul arah mana yang hendak di belok! Ini kerana Ce On sering sekali di lihat mengangkat tangan kanannya dan menunjuk-nunjuk ke arah kanannya, sambil berkata, "Kiri, kiri, kiri" dengan riak wajah yang serius! Hahahaha, point yang selalu kami gunakan untuk kutuk Ce On selepas itu.
Hang silap besag la Ce On! Hang buat pasal dengan sahabat-sahabatKU. Baik-baik mereka segan dengan kau, dah jadi bahan kutukan pulak. Tapi hikmahnya, selepas itu kami semua di dapati lebih mesra!
Berbalik kepada kembara kami. Sebaik meninggalkan Gunung Keriang petang tadi, Ce On tak henti-henti mencadangkan AKU menghubungi YM Tuan Guru untuk meminta kebenaran dan keizinan darinya bagi kami menziarahi tapak peninggalan rumah keluarga Al-Marhum Ustaz Hanafi Bin Haji Ahmad di Alor Gunong. Mendapatkan kebenaran dan keizinan ini penting menurut Ce On dan rakan-rakan di Kedah. Ada sebabnya. Pada AKU, kita nak pergi menziarah tempat orang. Seharusnyalah meminta dan mendapatkan izin dari tuan empunya. Jika tuannya sudah tiada, anak-anaknya masih ada, dan tambahan lagi kita kenal.
AKU menolak urusan tersebut kepada Hafiz, selaku Setiausaha Cawangan. Hafiz memulangkannya kepada AKU semula. AKU menolak kepada sahabat-sahabatKU yang lain, mereka memulangkannya kepada AKU kembali. Hampeh! AKU termenung panjang. Ikut rancangan, kami hanya sekadar lalu sahaja untuk melihat tapak tersebut sebab kembara kami tanpa YDP atau NYDP. Semuanya muda belia. Ce On pula mengapi-apikan sahabat-sahabatKU untuk meyakinkan AKU menghubungi YM Tuan Guru. Berat juga tugas tu. Bukannya apa, nampak macam tak sopan. Esok nak pergi ziarah, malam ni baru nak minta izin, pula dengan hanya melalui telefon saja! Bila ada peluang beritahu berhadapan, tak diambil kesempatan. AKU termenung panjang.
Ketika berhenti sebentar untuk mengisi minyak di Petronas, AKU ke belakang bangunan dan mencuba menghubungi YM Tuan Guru. Tak dapat. Lalu aku bergerak keluar dari Petronas. Cuba menghubungi buat kali 2, masih lagi tak dapat. AKU bergerak ke hadapan sambil memberitahu sahabat-sahabatKU. Tapi, tidak mengapalah, AKU cuba untuk menghubungi kali ketiga, dan cubaan kali ini membuahkan hasil. AKU dapat bercakap dengan YM. Dengan memulakan salam dan memperkenalkan diri, dan diikuti ungkapan maaf, AKU menyampaikan hasrat Kami kepada YM Tuan Guru. Alhamdulillah, YM Tuan Guru mengizinkan dan diberikan beberapa nasihat yang kami harus patuhi. Selesai sahaja menghubungi YM Tuan Guru, AKU menarik nafas dan menghela lega. Alhamdulillah. Terima Kasih YM Tuan Guru.
Selepas itu, kami di bawa oleh Ce On untuk ke rumah seorang ahli cawangan Negeri Kedah. Saudara Faiz. Disamping untuk berziarah, kami berhajat untuk meminta pertolongan dari beliau untuk membawa kami ke tapak rumah Almarhum Ustaz Hanafi dan makam Haji Zain keesokannya. Alhamdulillah, beliau bersetuju untuk membantu.
Selepas menziarah Sdr. Faiz, kami di bawa Ce On untuk menikmati Nasi Lemak Pak Ali, dimana kami mengalami kejutan. Makan di Kedah amat murah! Pada perkiraan aku, dari kuantiti lauh yang aku ambil, harganya mungkin 20-30% lebih murah berbanding di Seremban. Malah sedap dan menyelerakan pula. Hasrat untuk menyahut seruan YM Tuan Guru untuk megurangkan ukuran lilitan pinggang kepada 28 inci, terpaksalah ditangguhkan dulu. Hahahaha
Sambil menikmati nasi lemak tersebut, kami merancang acara untuk esok hari. Memandangkan esok hari terakhir, kami perlu bermula awal. Perlu keluar seawal 0800hrs untuk ke Derga menziarahi makam Tok Syeikh Jarum. Kemudian ke Muziam Kedah dan di ikuti ke Pekan Rabu untuk bershopping. Sesudah itu, kami akan meninjau Makam Di Raja Langgar sekali lagi dan ke Alor Gunung dan Alor Merah.
Sesudah makan, kami ingin menikmati suasana malam di Alor Star, tambahan pula malam ini adalah malam tahun baru 2009! Kami menuju ke Stadium Darul Aman. Sesak di sana kerana diadakan Ceramah Tahun Baru. Satu pendekatan yang berbeza dan menarik. Oleh kerana terlalu sesak, kami tidak singgah di situ. Ce On membawa kami ke sebuah hotel. Hotel Lim Kung.
Sabtu, 24 Januari 2009
Projek Pra-Menjejak Liku Hanafi : Perjalanan Hari Kedua di Kedah Darul Aman (Part 2)
Makam Ulama Kedah
Makam Diraja Kedah juga terdapat di Langgar. Kami tiba di situ pada 1530hrs. Keadaan hujan renyai-renyai. Ce On memberitahu, kawasan Makam Diraja Langgar ini adalah kawasan larangan untuk orang awam. Hanya dibenarkan ketika Aidilfitri sahaja. Sekumpulan remaja yang berada di bawah pondok berhadapan pintu masuk makam pula berkata sekiranya ada pengawal yang menjaga, kemungkinan boleh dibenarkan masuk. Mungkin tiada rezeki bagi kami. Tiada pengawal. Selain menempatkan maka-makam Sultan Kedah terdahulu dan kerabat-kerabat Di Raja Kedah, disitu juga disemadikan beberapa Ulama Negeri Kedah. Kami merakam beberapa keping gambar.
Papan Nama Makam
Pintu Masuk Utama
Sedikit info di makam tersebut. Dikatakan wafat pada 291 Hijriah bersamaan 904 Masihi
Bernesankan Nesan Acheh
Keadaan makam tersebut
Papan nama di pintu makam.
Makam Sheikh Abdul Jalil dari sisi
Makam Sheikh Abdul Jalil
Kami di pintu makam
Makam Anak Murid Sheikh Abdul Jalil
Makam Muhammad Yusof
Sebuah Lagi Makam Anak Murid Sheikh Abdul Jalil
Makam Sheikh Ibrahim Shah
Selesai menziarahi, AKU memandu Avanza dengan mengikut arah pandu Ce On ke Gunung Keriang. Sempat mengambil gambar hadapan Sekolah Kebangsaan Gunong, di mana YM Tuan Guru pernah bersekolah dahulu.
Selepas berpusing di Gunung Keriang, selepas ke makam, kami nak ke makan pula. Lapar. Ce On berkeinginan untuk membawa kami menikmati mee Sharif yang mengasyikkan.
P/S: maklumat yang diperolehi dari Ce On, pada 10 Januari 2009, sebuah lagi makam yang bernesan berwarna kuning itu adaalah milik seorang lagi ulama yang besar. iaitu Tok Guru Hj. Ahmad Said. Menurut cerita, beliau adalah antara guru Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang mashyur. Maklumat ini diperolehi oleh Ce On dari YM Tuan Guru.
Sebaik sahaja menghabiskan makanan tengahari, kami bergerak ke destinasi yang seterusnya iaitu Kg. Tanjung Inggeris, Langgar untuk mencari sebuah makam lama yang dijadikan sebagai bukti bahawa islam telah terlebih dahulu sampai di Kedah berbanding Melaka.
Makam Diraja Kedah juga terdapat di Langgar. Kami tiba di situ pada 1530hrs. Keadaan hujan renyai-renyai. Ce On memberitahu, kawasan Makam Diraja Langgar ini adalah kawasan larangan untuk orang awam. Hanya dibenarkan ketika Aidilfitri sahaja. Sekumpulan remaja yang berada di bawah pondok berhadapan pintu masuk makam pula berkata sekiranya ada pengawal yang menjaga, kemungkinan boleh dibenarkan masuk. Mungkin tiada rezeki bagi kami. Tiada pengawal. Selain menempatkan maka-makam Sultan Kedah terdahulu dan kerabat-kerabat Di Raja Kedah, disitu juga disemadikan beberapa Ulama Negeri Kedah. Kami merakam beberapa keping gambar.
Papan Nama Makam
Pintu Masuk UtamaSejurus dari itu, kami ke Kg. Tanjung Inggeris. Kami mengalami kesukaran kerana Ce On sendiri kurang mahir lokasi kampung tersebut. Namun, Ce On yang terkenal dengan sifat ramahnya memudahkan kami. Beliau rajin bertanya orang. Setelah menjumpai Kg. Tanjung Inggeris, kesukaran kami ialah untuk mencari makam tersebut. Tidak ramai yang tahu akan makam tersebut. Seorang penduduk yang ditanya memberikan satu info baru buat Ce On iaitu Makam Syed Alwi, Raja Perlis yang pertama. Namun, di situ tidak terdapatnya makam, hanya tanda yang dikatakan sebagai makam. Kami tak dapat nak masuk melihatnya kerana belukar yang tebal. Setelah berada hampir sejam di kampung tersebut, akhirnya kami berjumpa juga makam tersebut dengan bantuan seorang penduduk kampung yang beliau juga tidak terlalu menghiraukan makam tersebut. Makam tersebut dikatakan adalah milik Sheikh Abdul Qadir Ibni Husein Shah 'alirah.
Sedikit info di makam tersebut. Dikatakan wafat pada 291 Hijriah bersamaan 904 Masihi
Bernesankan Nesan Acheh
Keadaan makam tersebutSesudah itu, kami menghala ke Tanjung Pauh, Jitra, untuk menziarahi makam Mufti Kedah yang kedua, Sheikh Abdul Jalil. Beliau dikatakan seorang Wali Allah dan di kurniakan Karomah. Makam tersebut terletak didalam kawasan surau yang didirikan dan dijaga oleh jemaah India Muslim. Mengikut yang diberitahu, Sheikh Abdul Jalil berasal dari Yaman. Mengikut kisah yang mashyur, dahulunya makam ini tidak diketahui dimana, tetapi dengan munajat anak murid Sheikh Abdul Jalil, akhirnya diketemukan oleh Allah SWT. Makam ini adalah antara makam-makam yang sering dikunjungi Almarhum Ustaz Hanafi. Di kawasan makam tersebut terdapat juga 2 buah makam makam milik anak murid Sheikh Abdul Jalil.
Papan nama di pintu makam.
Makam Sheikh Abdul Jalil dari sisi
Makam Sheikh Abdul Jalil
Kami di pintu makam
Makam Anak Murid Sheikh Abdul Jalil
Makam Muhammad Yusof
Sebuah Lagi Makam Anak Murid Sheikh Abdul Jalil
Makam Sheikh Ibrahim ShahSetelah berada lebih kurang 20 minit, kami berpatah balik ke Titi Gajah. Lebih tepat lagi ke Masjid Titi Gajah. Disana bersemadinya seorang ulama mashyur yang tegas pendiriannya dalam soal agama serta tidak memandang kepada harta dan pangkat dunia. Ramai ulama-ulama yang seangkatan dengannya di makamkan di Makam Diraja Langgar. Beliau memilih di situ. Ada kisah yang tertentu mengapa beliau dimakamkan disitu. Ulama yang AKU maksudkan itu ialah Tuan Hussain Bin Tuan Muhammad Nasir atau lebih dikenali dengan jolokan Tuan Hussain Kedah al-Banjari. Sedikit riwayat mengenai beliau boleh di perolehi di http://www.canang.com/v2/t212-tuan-guru-syeikh-husein-kedah-al-banjari-guru-kepada-lebai-zain.html
Ketika di kawasan perkuburan Titi Gajah ini, terdapat 2 buah makam yang kelihatan istimewa, iaitu nesannya berwarna kuning. Yang pertama telah diketahui milik Tuan Hussain, tetapi sebuah lagi tidak diketahui. Kedudukannya selang 3-4 kubur dari Makam Tuan Hussain Kedah. Tulisannya pada nesannya telah hilang.
Selesai menziarahi, AKU memandu Avanza dengan mengikut arah pandu Ce On ke Gunung Keriang. Sempat mengambil gambar hadapan Sekolah Kebangsaan Gunong, di mana YM Tuan Guru pernah bersekolah dahulu.
Selepas berpusing di Gunung Keriang, selepas ke makam, kami nak ke makan pula. Lapar. Ce On berkeinginan untuk membawa kami menikmati mee Sharif yang mengasyikkan.
P/S: maklumat yang diperolehi dari Ce On, pada 10 Januari 2009, sebuah lagi makam yang bernesan berwarna kuning itu adaalah milik seorang lagi ulama yang besar. iaitu Tok Guru Hj. Ahmad Said. Menurut cerita, beliau adalah antara guru Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang mashyur. Maklumat ini diperolehi oleh Ce On dari YM Tuan Guru.
Langgan:
Catatan (Atom)